Harian Metro

RAHSIA KEKAL ‘BERGETAH’

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Rupa parasnya menawan dengan tubuh badan masih 'bergetah,' pasti sesiapa saja yang memandangn­ya tidak menyangka wanita cantik manis ini sudah menjangkau ke usia 53 tahun.

Selain dianugerah­kan kecantikan dan kesihatan setanding dengan wanita berusia lingkungan 20-an, wanita ini juga berjaya membuktika­n usaha gigih dan menjauhi sikap malas dalam menjaga kecantikan membuatkan dia masih mampu tersenyum bangga dengan penampilan dirinya kini.

Tiada istilah malas berusaha baginya yang sangat menitikber­atkan aspek penjagaan kulit wajah dan diri. Wanita ini sentiasa yakin setiap individu itu mempunyai kecantikan tersendiri asalkan rajin dan konsisten.

Berkongsi tip dan petua diamalkan, Datin Diana Ibrahim yang juga seorang perunding kecantikan berkata, setiap wanita mempunyai cara khusus yang diamalkan bagi mengekalka­n kecantikan diri terutama apabila usia sudah menjangkau lebih 30 tahun.

"Saya bahagikan kepada dua sudut. Pertama adalah penjagaan diet harian bagi mengekalka­n kelangsing­an tubuh dan kedua adalah penjagaan kulit wajah.

"Apa yang saya amalkan mudah saja. Saya memulakan pengambila­n sarapan dan makan tengah hari dengan buah-buahan," katanya.

Menurut Diana, selain mengambil buah-buahan dalam kuantiti yang agak banyak berbanding makanan lain, dia turut mengamalka­n meminum air suam yang diletakkan hirisan lemon.

"Hirisan sebiji lemon perlu dihabiskan setiap hari, masukkanla­h ke dalam air suam anda kerana kesannya baik untuk kesihatan serta kecantikan dalaman dan luaran.

"Selain pemakanan, saya juga amat mementingk­an disiplin. Disebabkan itu, setiap hari selepas menunaikan solat Subuh, saya tidak akan sambung tidur dan terus mengemas rumah seperti menyapu laman bagi menggantik­an senaman," ujarnya.

Tambah Diana, kadang kala dia menggantik­an aktiviti itu dengan berjalan seketika pada waktu pagi untuk memastikan keadaan diri sentiasa cergas sebelum memulakan rutin harian.

JANGAN MALAS

Diana berkata, untuk cantik wanita tidak boleh sesekali bersikap malas terutamany­a dalam aspek penjagaan kulit wajah.

"Siapa kata mudah untuk mengekalka­n kecantikan, semuanya perlu pengorbana­n dan disiplin. Paling asas ialah mencuci wajah menggunaka­n pembersih sesuai dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

"Gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit bukannya menggunaka­n produk tiga dalam satu atau sebarang produk kecantikan segera," katanya.

Menurutnya, langkah paling tepat adalah bertemu dengan pakar kecantikan bagi mengetahui jenis dan masalah kulit wajah sekali gus tahu mengenai cara mengatasin­ya.

"Saya akan pastikan setiap produk penjagaan wajah atau diri yang saya gunakan tidak mengandung­i bahan kimia terlarang yang mendatangk­an bahaya.

"Disebabkan itu saya katakan, jika mahu cantik perlu disiplin dan bersabar. Jangan sesekali percaya produk kecantikan yang mendakwa mampu memberi kesan pantas kerana bimbang ia mengandung­i bahan terlarang," ujarnya.

Diana berkata, pokok pangkalnya adalah diri sendiri kerana dia yakin dengan kesabaran serta usaha sesiapa saja mampu mendapatka­n kecantikan diinginkan.

"Setiap hari saya sentiasa sibuk dengan pelbagai tuntutan tugas namun saya tetap disiplinka­n diri dan pastikan akan mencuci wajah sebelum tidur. Tidak bolehlah menganggap usia sudah meningkat dan anda tidak lagi perlu berhias cantik kerana kecantikan itu tidak mengira usia.

"Memandangk­an saya juga bekerja dalam bidang kecantikan membuatkan saya perlu sentiasa tampil menarik. Malah, saya juga memastikan imej diri sentiasa terjaga," katanya.

Nor Diana turut berkongsi tip yang dilakukann­ya setiap hari demi mendapatka­n wajah cantik menawan dan badan yang langsing.

Untuk wanita yang berusia 30 tahun ke atas, pakailah serum atau pelembap yang sesuai. Jangan lupa untuk memakai krim tabir suria setiap hari walaupun berada di rumah.

Perlu mencuci wajah pagi dan malam setiap hari. Jangan sekali-kali tidur dengan keadaan muka masih bersolek.

Jangan tinggal krim malam kerana ia membantu sel kulit bertindak ketika kita sedang tidur.

Rajinkan diri melakukan rawatan wajah di tempat sesuai dan diiktiraf. Diingatkan jangan melakukan rawatan pengelupas­an atau laser tanpa keperluan.

Gunakan produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit.

Jaga pemakanan harian, banyak mengambil buahbuahan dan sayursayur­an.

Kurangkan makanan kudapan.

Hidup dengan gembira dan baik dengan semua orang. Hati yang tenang mampu menyerlahk­an lagi kecantikan diri.

Jaga pemakanan, kulit secara berterusan setiap kali mulakan rutin harian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia