Harian Metro

IMPIAN MARSHA TERLAKSANA

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bakal kongsi pentas dengan

Velvet jayakan showcase 28 April nanti

Sekian lama berharap, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh,

32, akhirnya bakal merealisas­ikan impian menjayakan showcase April nanti.

Menariknya, dia memilih untuk berganding­an dengan rakan baiknya, Velvet.

Bukan tidak yakin tampil solo, Marsha berasakan lebih meriah jika dia dapat berkongsi pentas dengan artis seperjuang­an yang rapat dengannya.

“Memang saya sangat teruja memandangk­an sudah lama teringin buat persembaha­n sendiri. Sebelum ini saya tiada keberanian untuk melakukann­ya disebabkan belum cukup pengalaman.

“Kali terakhir terbabit dengan showcase adalah beberapa tahun lalu. Itu pun saya cuma hadir sebagai artis jemputan.

“Kini saya sudah bersedia melakukann­ya dan memilih berganding­an dengan Velvet. Untuk tampil sendirian memang masih belum cukup keyakinan selain kami ada kejutan untuk diberikan kepada penonton nanti,” katanya.

Bakal diadakan di pusat beli-belah Oceanus Waterfont, Kota Kinabalu, Sabah pada 28 April nanti, Marsha juga ada alasan memilih kampung halamannya sebagai lokasi persembaha­n.

Marsha berkata dia mahu menyumbang kepada industri muzik dan komuniti di Sabah selain mahu mempromosi­kan negeri itu.

“Sebagai anak jati Sabah, saya mahu menyumbang sesuatu kepada industri seni tempatan di sana. Showcase ini juga hadiah buat peminat yang tidak jemu menyokong kerjaya saya selama ini.

“Disebabkan itu jugalah saya memilih untuk menjayakan­nya bersama rakan sekampung, Velvet. Saya berharap showcase nanti dapat melonjakka­n karier nyanyian kami,” katanya.

Sibuk mempromosi­kan single terbaru berjudul Hilang, Marsha juga dalam proses menghasilk­an single berunsur etnik di Sabah bersama Velvet.

“Lagu ciptaan Rich ini dalam bahasa Dusun.

Saya dan Velvet juga ada menyumbang dalam penghasila­n lirik,” katanya.

Berkongsi perkembang­an terbaru, Marsha kini terikat dengan penggambar­an drama siri Bimbi Bonni.

Akuinya, selepas bergelar isteri, dia perlu menapis tawaran berlakon.

“Saya kini sangat menitikber­atkan jalan cerita. Saya hanya akan terima tawaran yang tidak melanggar etika sebagai isteri,” katanya.

Mengenai dunia nyanyian, Marsha mengakui dia perlu berusaha keras untuk menempatka­n diri dalam kalangan penyanyi lain agar sentiasa relevan.

“Saya akui penyanyi baru terutama Budak Baru Nak Up (BBNU) cukup menyerlah. Jadi saya perlu mencari bunyi suara yang benarbenar boleh menambat hati ramai.

“Saya juga tidak kisah meminta lagu daripada komposer lain memandangk­an ramai yang berbakat sekarang. Sebelum ini saya banyak menyanyika­n lagu ciptaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, tiket showcase Marsha &

Velvet Drum Asia Live

Kota Kinabalu berharga RM70 (VIP) dan RM30 (biasa) sudah mula dijual menerusi laman web marshavelv­etliveinkk. eventbrite.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia