Harian Metro

Rumah tangga diduga

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Dalam perkahwina­n pasti ada pasang surutnya. Pergolakan adalah perkara biasa yang perlu ditempuhi pasangan suami isteri.

Itulah inti pati yang mengisi drama romantik komedi terbaru berjudul Cinta Lemon Madu. Sudah mula ditayangka­n di www. tonton.com.my sejak 14

Mac lalu, drama berkenaan menampilka­n kelainan tersendiri.

Mendapat sentuhan pengarah Hashim Rejab, perjalanan ceritanya penuh drama selain teka-teki di antara pasangan Firash lakonan Aidil Aziz dan Haida (Ruhainies).

Cinta Lemon Madu mengisahka­n kehidupan Firash yang membesar bersama isterinya Haida sejak kecil. Keakraban mereka berlanjuta­n sehingga membawa ke jenjang pelamin.

Tiada halangan, mereka sangat bertuah apabila hubungan yang terjalin direstui semua pihak.

Bagaimanap­un, cabaran itu mula dirasai perlahanla­han apabila rumah tangga mereka diduga.

Semuanya bermula disebabkan sikap Haida yang tidak menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai isteri dengan baik. Sertamerta, ia memberi kesan kepada hubungan mereka.

Walaupun berusaha membetulka­n keadaan, Firash dalam diam mengambil kesempatan mengubat hatinya yang lara dengan berkahwin dengan Aisyah (Riena Diana). Perkahwina­n rahsia itu mendapat persetujua­n bapanya.

Firash berasa dirinya bertuah apabila dikurniaka­n pasangan yang romantik. Lebih istimewa, dia dan Aishah bercinta selepas bernikah.

Berdurasi sejam, Cinta Lemon Madu akan bersiaran selama 13 episod menerusi slot saluran tonton ‘First’.

Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Adakah persoalan dalam hubungan mereka akan terungkai?

Menurut Pengarah tonton, Pelesenan & Pembaranga­n, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Airin Zainul, drama berkenaan wajib ditonton memandangk­an banyak nilai moral diterapkan untuk dijadikan teladan buat penonton.

“Selalunya kita melihat kesetiaan dalam sebuah perkahwina­n menerusi drama tempatan sebelum ini. Berbeza untuk drama ini, plot ceritanya akan membawa penonton melihat sikap seseorang boleh merubah pasanganny­a.

“Moral di sebalik drama ini diharap dapat memberi pengajaran kepada 7.8 juta pengguna tonton dalam mendalami erti kehidupan.

“Drama ini turut disiarkan lebih awal dan pengguna boleh melihat siri ini di tonton dalam format definisi tinggi (HD). Kami sentiasa mahukan yang terbaik buat pengguna,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia