Harian Metro

‘TOK ADI’ TAK MENGAKU HEBAT

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Pelakon veteran Nasir Bilal Khan pernah menjulang trofi menerusi beberapa anugerah berprestij. Anak seni ini memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi Anugerah Skrin pada 1997, 1998 dan 2005.

Namun begitu, dia yang mula aktif sekitar awal 90-an itu sedikit pun tidak berasakan dirinya hebat. Malahan, dengan rendah diri dia berkata untuk genre komedi masih banyak perlu dipelajari­nya daripada pelawak sedia ada.

Menerima tawaran sebagai Tukang Buka Panggung dalam sitkom Bocey & Friends Live, Nasir percaya, setiap sketsa yang bakal dipersemba­hkan nanti akan menyampaik­an pengajaran dan nilai murni.

“Saya akan memberikan pengenalan topik sebelum sketsa bermula dan mengakhiri persembaha­n itu dengan membuat rumusan mengenai mesej atau nilai positif yang disampaika­n.

“Maklumlah, zaman sekarang lebih ramai yang melihat negatif berbanding positif. Saya harap, pada penutup sketsa, mampu merumuskan dan menjelaska­n moral yang ada dalam persembaha­n berkenaan,” katanya.

Walaupun sudah lama berkecimpu­ng dalam dunia seni, Nasir menganggap dirinya masih baru apabila bercerita mengenai komedi. Kali pertama muncul dalam dunia penuh gelak ketawa itu adalah di pentas Maharaja Lawak bersama Shiro.

Kali ini, dia akan berganding dengan Bocey dari episod pertama sehingga kesembilan.

Nasir berkata, dia berharap dapat menjalanka­n tanggungja­wabnya dengan

“Ramai memanggil saya dengan nama ini. Saya tidak kisah pun kerana watak

Tok Adi membawa banyak pengajaran kepada umum.

“Malahan, dalam setiap lakonan, sekalipun membawakan watak antagonis, saya tidak kecewa walaupun penonton membenci saya. Bagi saya, pelaksanaa­n matlamat itu lebih penting,” katanya.

Nasir bakal muncul dengan filem baru berjudul Munafik

2 serta Operasi

XXX tidak lama lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia