Harian Metro

Pilih bulu untuk bersalam

-

Kehadiran penyanyi ini kian menarik perhatian pelbagai pihak. Meskipun baru setahun jagung dalam industri, ramai nampak bakatnya.

Malah, lagu dendangann­ya pun menjadi siulan anak muda dan kerap dimainkan di radio.

Mungkin dek populariti yang memuncak, dia dikatakan mula lupa diri. SS dapat tahu penyanyi ini menghadiri satu acara sidang media. Ramai artis ada dalam acara itu. Rata-rata rancak melayan peminat yang hadir dan ingin bergambar dengan mereka termasuk artis ini.

Namun yang tak sedapnya, dia pilih bulu dan hanya bersalam dengan orang industri yang disukainya. Rakan SS yang kebetulan berada dalam acara itu langsung tidak dipandangn­ya.

Nak kata tak kenal, mustahil. Itu bukan kali pertama mereka bertemu dan bekerjasam­a. Mungkin artis ini boleh dikategori­kan dalam senarai artis ‘hilang ingatan’.

Rakan SS yang memandang perilaku artis ini dari mula hingga acara selesai hanya mampu tersenyum sumbing.

SS: Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar sudah pun Rabu. Artis ini memang jelita tetapi bakat lakonannya biasa-biasa saja. Namanya pun tidaklah segah beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini, rakan SS bercerita mengenai pelakon wanita ini. Menurut rakan SS, pelakon ini menghadiri satu majlis yang turut menghimpun­kan beberapa artis lain.

Apabila bertemu, ada rakan artis memberikan senyuman tetapi artis ini teragak-agak membalas dan seakan-akan tidak ikhlas.

Perbuatann­ya itu disedari rakan SS dan artis yang melemparka­n senyuman itu. Daripada cuba nak berbaik sudahnya situasi berubah menjadi janggal.

Itu bukan kali pertama. Menurut rakan SS sudah bebeapa kali artis ini bersikap sedemikian.

Lebih merimaskan apabila dia berkepit dengan suami sepanjang masa. Ibaratnya, lelaki dialah yang paling elok di muka bumi ini dan bimbang jika ada cuba mendekati.

Bagus jaga suami tetapi kalau ‘over’ meluat pula orang sekeliling melihatnya. Nanti daripada tak ada yang berminat nak ganggu jadi tertarik untuk mencuba. Maklum sajalah, sekarang ramai yang suka sahut cabaran, lebihlebih lagi kalau si jejaka poketnya penuh.

SS: Senyum itu sedekah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia