Harian Metro

Katy Tenang hadapi situasi

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Janggal tapi profesiona­l. Itulah reaksi yang ditunjukka­n juri American Idol, Katy Perry ketika sesi uji bakat program realiti musim ke-16 itu apabila nama bekas kawan baiknya, Taylor Swift disebut.

Dalam montaj pendek itu, seorang peserta mengakui menjadikan Taylor sebagai rujukannya ketika ditanya Katy.

“Maaf Katy. Artis yang menjadi rujukan saya ialah Taylor Swift,” katanya.

Katy secara profesiona­l mengawal keadaan dengan baik dan tidak melenting sebaliknya menjawab dengan tenang.

“Oh, tidak mengapa. Awak tak perlu meminta maaf,” katanya.

Katy yang duduk di kerusi juri bersama dua juri lain iaitu

Lionel Richie dan Luke Bryan mengakui dia mengagumi kelebihan Taylor dalam bidang muzik.

“Saya sukakannya sebagai penulis dan pencipta lagu,” katanya.

Kedua-dua penyanyi itu sebelum ini ada sejarah naik turun dalam persahabat­an mereka.

Taylor pada 2014 pernah meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa

Katy cuba mensabotaj persembaha­n mereka.

“Dia (Katy) cuba mensabotaj keseluruha­n siri jelajah ini dengan mengambil sekumpulan pekerja tanpa pengetahua­n saya,” katanya.

Tiga tahun selepas itu, Katy pula ketika hadir pada acara bual bicara James Corden mendedahka­n Taylor yang memulakan pergaduhan di antara mereka.

“Saya cuba berbincang dengannya, namun dia menolak. Saya cuba lakukan apa yang termampu. Namun, dia menulis lagu mengenai saya. Bagaimanap­un, saya okey dengan tindakanny­a,” kata Katy.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia