Harian Metro

Impi PRU paling aman

- Mohd Anwar Patho Rohman news@nstp.com.my

 Timbalan Perdana Menteri minta elak kekerasan, provokasi

Mengimpika­n pilihan raya paling aman dalam sejarah negara mendorong pemimpin nombor dua negara mengarahka­n seluruh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengelak sebarang tindakan kekerasan sepanjang bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan kekerasan adalah pilihan terakhir jika keadaan amat memaksa.

Beliau berharap PRU-14 yang semakin hampir berlangsun­g akan menjadi pilihan raya yang paling aman dalam sejarah negara.

“Sepanjang bertugas untuk hadapi PRU-14, saya mengarahka­n semua petugas jangan lakukan kekerasan. Jangan lakukan provokasi.

“Polis harus lakukan hubungan erat dengan individu dari semua parti termasuk pembangkan­g.

“Jangan terlepas pandang dalam menentukan pilihan raya berjalan lancar dan aman. Ia mesti menjadi keutamaan kita.

“Saya mahu dalam operasi, elak menggunaka­n walau sebutir gas pemedih mata. Jangan tembak meriam air sekali pun kecuali keadaan memaksa.

“Kalau boleh saya hendak lihat PRU kali ini paling aman dalam sejarah,” katanya dalam Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, semalam.

Ahmad Zahid turut mengarahka­n 50 peratus daripada jumlah elaun untuk semua anggota dan pegawai PDRM yang bertugas pada PRU-14 dibayar lebih awal sebelum mereka keluar bertugas di lokasi ditetapkan.

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama Warga PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur, semalam.
AHMAD Zahid bersama Warga PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia