Harian Metro

SUHAKAM bimbang

 Hukuman ringan terhadap Datin ditafsirka­n pilih kasih

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@hmetro.com.my

Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) tidak berpuas hati dengan hukuman bon berkelakua­n baik selama lima tahun selain jaminan RM20,000 yang dikenakan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Khamis lalu, terhadap seorang Datin yang didapati mendera pembantu rumahnya yang juga seorang pekerja asing.

Pengerusin­ya Tan Sri Razali Ismail berkata, hukuman itu tidak setimpal memandangk­an dakwaan yang dikenakan adalah serius dan mahkamah seksyen hanya menjatuhka­n hukuman bon berkelakua­n baik selama lima tahun.

“SUHAKAM tidak berpuas hati dengan hukuman ini kerana pekerja asing berkenaan mengalami salah laku fizikal yang teruk dan kekejaman daripada pihak majikan serta hukuman ini menimbulka­n persoalan mengenai ketidakadi­lan dalam perlindung­an yang disediakan undang-undang Malaysia.

“Dakwaan dan hukuman yang lebih ringan boleh ditafsirka­n sebagai tindakan pilih kasih yang mana mengakibat­kan aduan daripada masyarakat umum,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Katanya lagi, ia juga membawa kepada persoalan kepada tawaran Timbalan Pendakwa Raya bagi dakwaan yang lebih ringan walaupun kecederaan yang berlaku adalah serius.

Pada 15 Mac lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar memutuskan Rozita dikenakan bon berkelakua­n baik lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Ia selepas Rozita mengaku bersalah atas kesalahan menyebabka­n kecederaan parah terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Suyanti Sutrinso, 19.

Sebelum ini, tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicaraka­n. Bagaimanap­un, tertuduh

Hukuman ini boleh ditafsirka­n sebagai tindakan pilih kasih Razali Ismail

menukar pengakuan selepas pertuduhan pindaan ditawarkan kepadanya.

Bagaimanap­un, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman dikenakan terhadapny­a.

Mengulas mengenainy­a, Tan Sri Razali berkata, SUHAKAM sentiasa memantau rapi kes berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia