Harian Metro

Kenal pasti 14 cabaran

 PDRM letak elemen integriti sebagai tonggak dan amalan dalam setiap tugas

- Mohd Azam Shah Yaacob dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

PDRM merangka program khusus berbentuk pendekatan psikologi dan kerohanian atau keagamaan melalui pengenalan program My Psikologi Spiritual (MyPS)”

Mohamad Fuzi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 14 cabaran utama yang memerlukan transforma­si bagi membolehka­n pasukan keselamata­n itu kekal relevan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, antara cabaran itu termasukla­h keselamata­n sempadan, jenayah, ancaman siber, integriti, modal insan, narkotik, ancaman keselamata­n dalaman, ekstremism­e dan radikalism­e, perundanga­n serta gelagat organisasi.

Katanya, menyedari mengenai 14 cabaran itu, PDRM meletakkan elemen integriti sebagai tonggak dan amalan dalam setiap tugas serta tanggungja­wab dijalankan.

“Ini kerana nilai integriti inilah yang mampu mencorak etika, sifat murni serta pemikiran rasional bagi mencegah korupsi dan penyalahgu­naan kuasa dalam kalangan warga PDRM.

“Menyedari kepentinga­n melahirkan warga pasukan berintegri­ti, PDRM menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Cawangan Agama dan Kaunseling (BAKA) merangka program khusus berbentuk pendekatan psikologi dan kerohanian atau keagamaan melalui pengenalan program My Psikologi Spiritual (MyPS),” katanya ketika berucap dalam Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ‘Pemantapan Integriti Kerohanian Warga PDRM’ di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, antara usaha dan komitmen bagi memastikan integriti PDRM berada di tahap tertinggi, pihaknya turut melaksanak­an pelbagai program seperti pendidikan, latihan serta program kesedaran, pengesanan serta pematuhan selain tindakan tatatertib dan hukuman kepada warga PDRM yang melanggar peraturan ditetapkan.

Katanya, selain integriti, PDRM turut memandang serius isu penyalahgu­naan dadah dan masalah hutang serius dalam kalangan warga PDRM yang perlu diatasi segera.

“Masalah ini jika tidak diatasi akan memberi kesan negatif kepada integriti warga PDRM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia