Harian Metro

Dentuman seret kereta

- Mohd Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

 Dua kenderaan, dua motosikal dirempuh lori turun dari Bukit Ampang

“Saya dengar dua bunyi seolah-olah letupan sebelum nampak lori itu sudah tersadai berhampira­n lampu isyarat bersama sebuah lagi kenderaan dipercayai diseret dari persimpang­an,” kata Umni Shahera Sidek, 38, saksi kejadian sebuah lori terbabas di Jalan Taman Putra, dekat sini, semalam.

Umni Shahera berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dia bersama suami dan tiga anak dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Ampang untuk membeli kek menggunaka­n Jalan Hulu Langat berhampira­n Bukit Ampang.

“Sebelum kejadian, kami dan tiga kereta lain berada di belakang lori itu dan ketika turun dari Bukit Ampang, kenderaan berkenaan mungkin dipandu laju kerana tiba-tiba hilang dari pandangan.

“Kemudian saya terdengar dua bunyi dentuman dan sebaik tiba di persimpang­an, saya nampak lori itu terbalik dan menghempap sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor, Superinten­dan Azman Shari’at berkata, kemalangan membabitka­n sebuah lori, sebuah kereta Perodua Axia, dua motosikal dan sebuah pacuan empat roda.

“Pemandu kereta Perodua Axia seorang lelaki berusia 53 tahun mengalami luka ringan di bahu manakala pemandu lori, lelaki berusia 29 tahun dan pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan.

“Keadaan dua penunggang motosikal pula tidak dapat dipastikan.

“Lori itu dari arah Hulu Langat dan menuruni Bukit Ampang. Pemandunya cuba membelok ke kiri sebelum hilang kawalan lalu melanggar pacuan empat roda serta Perodua Axia,” katanya.

 ??  ?? LORI muatan batu kerikil terbalik selepas terbabas di persimpang­an lampu isyarat di Jalan Taman Putra, semalam.
LORI muatan batu kerikil terbalik selepas terbabas di persimpang­an lampu isyarat di Jalan Taman Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia