Harian Metro

Livestock Asia 2018 tarik pempamer dari lebih 20 negara

-

Ekspo dan forum ternakan

berjaya menarik pempamer dari lebih 20 negara termasuk China, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Russia, Singapura, Taiwan, Belanda dan Turki.

Livestock Asia 2018 juga dilihat akan menjadi platform perniagaan bagi syarikat antarabang­sa untuk mempamerka­n produk sedia ada dan melancarka­n produk baru mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Naib Presiden UBM Asia, M Gandhi berkata, tahun ini, seramai lebih 200 pempamer akan mengambil bahagian.

Katanya, acara yang dianjurkan oleh UBM Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut mencatat transaksi perniagaan lebih RM130 juta, dua tahun lalu.

“Kami menyasarka­n transaksi perniagaan sebanyak RM160 juta pada edisi kesembilan penganjura­nnya bermula 19 hingga 21 April depan.

“Mereka terdiri daripada pengeluar terkemuka di peringkat tempatan dan global seperti Pristine, Poullive, CAB Cakaran, QSR Brand, Behn Meyer,

Biomin, Evonik dan banyak lagi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, acara ini juga dijangka menarik kunjungan lebih 7,000 pengunjung tempatan dan antarabang­sa dan mereka terdiri daripada ahli veterinar, penternak haiwan dan petani, pembekal, pemborong, pengimport dan juga pengedar.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dan Pengerusi UBM Malaysia, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Mustaffa Babjee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia