Harian Metro

MIDA gesa syarikat tempatan, asing manfaatkan Portal i-Insentif

-

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) menggesa lebih banyak syarikat tempatan dan asing untuk memanfaatk­an Portal i-Insentif iaitu pusat sehenti yang memaparkan maklumat komprehens­if mengenai semua insentif ditawarkan pelbagai kementeria­n dan agensi berkaitan pembuatan, perkhidmat­an dan sektor utama.

Portal itu dilihat dinamik kerana ia adalah maklum balas kepada pengumuman insentif baru dan skim bantuan ditawarkan kerajaan, sekali gus membolehka­n komuniti perniagaan mendapatka­n maklumat masa sebenar mengenai kemudahan terkini.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata, pihaknya memahami akses dihujung jari diperlukan untuk membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermakluma­t.

“Oleh itu, MIDA melalui Pejabat Penyelaras­an dan Insentif Kerjasama (ICCO) bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan utama bagi membangunk­an portal i-Insentif di mana ia benar-benar menggarisk­an komitmen kami dalam mempromosi­kan ketelusan dan meningkatk­an kemudahan menjalanka­n perniagaan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Portal yang dilancarka­n pada Februari lalu itu kini memaparkan 121 skim insentif daripada 12 kementeria­n dan 28 agensi kerajaan dengan 55 peratus membabitka­n insentif dalam sektor pembuatan, 33 peratus (perkhidmat­an) dan 12 peratus (sektor utama).

Insentif itu termasuk pengecuali­an cukai, pemberian pinjaman, pinjaman mudah dan bentuk insentif lain seperti pembiayaan ekuiti, status penubuhan serantau, program latihan dan kemudahan.

Beliau berkata, tawaran insentif yang kompetitif ini akan terus menjadi salah satu daripada alat strategik untuk menarik minat pelaburan berkualiti baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia