Harian Metro

Biaya projek inovasi hijau

 MAVCAP meterai MoU dengan CCB tubuh Dana Teknologi Hijau Asia bernilai RM782 juta

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

Malaysia mempunyai struktur yang baik bagi teknologi hijau dan ia memudahkan kami sebagai pelabur”

Jamaludin

Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) melakar pencapaian penting dengan memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama China Constructi­on Bank (CCB) untuk menubuhkan dana teroka baru, Dana Teknologi Hijau Asia bernilai AS$200 juta (RM782 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, Jamaludin Bujang berkata, dana yang pertama seumpamany­a di Asia itu memberi tumpuan terhadap pertumbuha­n dan pembiayaan peringkat akhir bagi projek berkaitan inovasi dan teknologi hijau yang berkembang di Malaysia dan Asia.

“Ketika ini kami sudah mengenal pasti beberapa syarikat yang menjalanka­n projek berimpak tinggi dan perbincang­an lanjut dijalankan.

“Bagi dana ini, kami akan memulakan dengan satu atau dua projek di Malaysia dan kemudian melihat kepada potensi di negara rantau Asia lain,” katanya selepas majlis MoU di Hong Kong, baru-baru ini.

MoU itu ditandatan­gani Pengerusi MAVCAP, Datuk Noharuddin Nordin dan CCB Internatio­nal diwakili Ketua Bahagian Perbankan Pelaburann­ya, Simon Lee serta Ketua Pengurusan Portfolio, Tony Hung.

Jamaludin berkata, menerusi Dana Teknologi Hijau, pihaknya berharap dapat mengenal pasti, melabur dan mengembang­kan operasi syarikat teknologi tempatan dalam sektor tenaga boleh diperbahar­ui dan menyokong pembanguna­n ekosistem teknologi hijau di rantau ini.

“Kami sasar untuk mengembang­kan jumlah dana sebanyak AS$600 juta dalam tempoh dua tahun. Kami melihat pulangan pelaburan bagi dana ini antara 10 hingga 15 peratus,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi besar dalam sektor teknologi hijau kerana ia disokong inisiatif kerajaan yang menggalakk­an syarikat tempatan menceburi sektor berkenaan.

“Malaysia mempunyai struktur yang baik bagi teknologi hijau dan ia memudahkan kami sebagai pelabur. Pada dasarnya, idea menubuhkan dana ini bermula sejak dua tahun lalu apabila kita mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan kita mahu ia dilaksanak­an lebih meluas (luar Malaysia),” katanya.

Beliau berkata, kira-kira AS$7.8 trilion nilai pelaburan diperlukan dalam sektor tenaga boleh diperbahar­ui di peringkat global.

“Kebanyakan permintaan adalah dari negara ASEAN dan Asia. Ini kerana kebanyakan kawasan terpencil masih berdepan kekangan teknologi hijau dan memerlukan pelaburan dalam hidro solar mini. Jadi kita rasa inilah masa yang tepat untuk lancarkan dana ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia