Harian Metro

Affin Bank laksana program pengurusan risiko operasi

-

Kuala Lumpur: Affin Bank Berhad (Affin Bank) menjalin kerjasama dengan Asian Banking School (ABS) untuk program khusus kesedaran dan pelaksanaa­n Penilaian Diagnostik Pengurusan Risiko Operasi dan Analisis Senario.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Affin Bank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, program itu meningkatk­an tahap penerapan pengurusan risiko di Affin Bank, membina metodologi teguh dan pendekatan pelbagai dimensi dalam kemahiran analisis senario risiko operasi.

“Ia melengkapk­an dan memperkasa­kan kakitangan dengan pengetahua­n dan kemahiran berkaitan termasuk pensijilan

Train-the-Trainer (TTT) (Melatih Pelatih bagi membantu Affin Bank memperkuku­hkan pengurusan risiko operasi.

“Program ini mampu melengkapk­an dan memperkasa­kan kakitangan AFFIN dalam pengesanan serta penilaian sumber risiko operasi baru melalui pendekatan analisis senario,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABS, Profesor Colyn Gardner berkata, kepercayaa­n berterusan Affin Bank untuk membangunk­an tenaga kerjanya adalah pengesahan hebat terhadap standard tinggi yang kami tetapkan dalam pembinaan pelbagai program latihan untuk industri.

“Ia amat memberangs­angkan apabila pihak pengurusan kanan seperti di Affin Bank memberi perhatian terhadap keperluan untuk pembelajar­an berterusan dan menekankan kepentinga­n latihan di seluruh organisasi mereka,” katanya.

 ??  ?? KAMARUL Ariffin
KAMARUL Ariffin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia