Harian Metro

KEKASIHMU MADUKU

- Agensi

Penduduk sebuah kampung di Sundargarh, India, memuji seorang lelaki yang sanggup bermadu dengan membenarka­n isterinya berkahwin dengan kekasihnya, enam hari selepas mereka berkahwin.

Petani itu, Basudev Tappo, 28, mengahwini wanita berusia 24 tahun menerusi perkahwina­n yang diatur keluarga pada 4 Mac lalu di Pamara, Sundargarh, India.

Menurut laporan media India, selepas enam hari berkahwin, tiga lelaki datang ke rumah Basudev, menyamar sebagai sepupu isterinya.

Dua daripada lelaki itu pulang, meninggalk­an ‘sepupu’ ketiga bersama isterinya di rumah.

Menurut laporan portal berita Oddity Central, beberapa jiran berang dan memukul lelaki itu dengan batang mop kerana berdua-duaan dengan isteri orang.

Bagi menyelamat­kan keadaan, isteri Basudev memberitah­u lelaki terbabit adalah kekasihnya yang tidak diterima keluarga, namun mereka tetap meneruskan hubungan secara rahsia.

Basudev kemudian membuat keputusan isterinya berkahwin dengan kekasihnya itu, bermakna dia dan lelaki itu bermadu, lalu menghubung­i abang dan kakak Jika saya tidak buat begini, kami semua mungkin hidup kecewa. Ini penyelesai­annya dan kini, kami bertiga boleh hidup bahagia”

Basudev isterinya yang sudah kematian ibu bapa, memberitah­u mengenai perkahwina­n itu dan meminta mereka

 Lelaki rela ‘bermadu’ dengan kekasih isteri

bersetuju.

“Jika saya tidak buat begini, kami semua mungkin hidup kecewa. Ini penyelesai­annya dan kini, kami bertiga boleh hidup bahagia,” kata Basudev.

Menurut laporan Times Of India, bukan saja ketua kampung Pamara, Gajendra Bagh, dan penduduk memberi sokongan terhadap keputusan Basudev itu serta memujinya, malah ibunya juga menyokong tindakan anaknya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia