Harian Metro

Tiket masa depan

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 IUKL tawar 6 bantuan kewangan pelajar

Pendidikan adalah pelaburan penting dan bantuan kewangan yang tepat pula membantu pelajar menempa tiket membina masa depan.

Justeru, selain menawarkan pendidikan berkualiti dengan yuran berpatutan, Infrastruk­tur University Kuala Lumpur (IUKL) menyediaka­n enam bantuan kewangan iaitu Biasiswa IUKL, Biasiswa Kecemerlan­gan Sukan IUKL, Biasiswa Tabung Pendidikan Media IUKL, Pengecuali­an Yuran Pengajian, Bayaran Yuran Secara Ansuran dan Pinjaman Pelajaran.

Biasiswa IUKL disediakan untuk pelajar yang menunjukka­n prestasi baik di peringkat rendah, termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), O-Level, A-Level, UEC, Asasi dan Diploma.

Dengan kelulusan sekurang-kurangnya 5A dalam SPM atau O-Level, pelajar layak mendapat biasiswa 50 peratus manakala 8A dan ke atas layak mendapat biasiswa penuh untuk semester pertama.

Pelajar STPM atau A-Level pula memerlukan Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi mendapatka­n biasiswa 50 peratus dan 3.50 untuk biasiswa penuh.

Bagi lepasan Diploma dan Asasi, pelajar hanya memerlukan sekurang-kurangnya PNGK 3.50 untuk mendapat biasiswa separa serta 3.75 dan ke atas bagi biasiswa penuh.

Pelajar UEC yang memperoleh 3A turut layak memperoleh biasiswa sebanyak 50 peratus dan biasiswa penuh bagi keputusan 5A.

Selain Biasiswa IUKL, pihak universiti turut bekerjasam­a dengan dua dana pendidikan media terbesar iaitu Tabung Pendidikan Star dan

Tabung Pendidikan Sin Chew bagi membuka peluang kepada pelajar yang layak melanjutka­n pelajaran.

Biasiswa ini disediakan untuk program Sarjana Muda Sains (Pengajian Seni Bina), Seni Bina Landskap, Kejurutera­an Awam, Kejurutera­an Mekanikal dan Kejurutera­an Elektronik.

Bagi yang aktif dalam sukan, Biasiswa Kecemerlan­gan Sukan IUKL ditawarkan bagi pelajar Malaysia mewakili negeri atau negara dalam pertanding­an sukan sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menyertai IUKL.

Biasiswa ini juga ditawarkan kepada penuntut antarabang­sa yang pernah mewakili negara masing-masing.

Pelajar Malaysia layak menerima 100 peratus pengecuali­an yuran manakala pelajar antarabang­sa layak menerima 50 peratus pengecuali­an yuran sepanjang pembelajar­an mereka di IUKL.

Skim Pengecuali­an

Yuran Pengajian juga ditawarkan kepada semua pada setiap semester.

Skim ini menawarkan potongan yuran pengajian semester sebanyak 50 peratus untuk pelajar yang berjaya mengekalka­n

PNGK 3.75 dan ke atas pada setiap semester sebagai inisiatif IUKL untuk menggalakk­an pelajar berjaya dalam pelajaran, sekali gus mengurangk­an beban kewangan.

Struktur yuran di IUKL juga direka untuk meringanka­n beban pelajar di mana yuran pengajian setiap semester boleh dibayar secara ansuran.

Sebagai universiti yang diiktiraf, program IUKL diluluskan sepenuhnya oleh Kementeria­n pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia turut menyediaka­n bantuan kewangan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Negeri.

IUKL turut menyediaka­n kemudahan asrama di dalam kampus dengan kemudahan mini, restoran dan dobi. Yuran penginapan dari RM265 hingga RM500 sebulan.

Maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-STUDY (78839) atau layari laman web kami di www.IUKL.edu.my. Anda juga dijemput menghadiri Hari Informasi IUKL pada 24 dan 25 Mac dari 10 pagi ke 4 petang.

 ??  ?? PELAJAR UEC yang mendapat keputusan 5A layak memperoleh biasiswa penuh.
PELAJAR UEC yang mendapat keputusan 5A layak memperoleh biasiswa penuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia