Harian Metro

Tawar rebat yuran 100%

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Pelajar berpeluang mendapat biasiswa dan rebat 100 peratus yuran pendaftara­n sempena pengambila­n sulung 2018 pada Hari Terbuka Kuala Lumpur Metropolit­an University College (KLMUC), 31 Mac ini.

Pengurus Jabatan Perhubunga­n Awamnya, Nur Hazwani Mansor berkata, penganjura­n hari terbuka bertujuan memberi pendedahan mengenai KLMUC di samping mengukuhka­n jenamanya di negara ini.

“Untuk mendapatka­n rebat 100 peratus yuran pendaftara­n, pengunjung perlu membawa keratan akhbar Harian Metro ini ketika pendaftara­n bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

“Pelajar yang layak boleh memohon biasiswa ditawarkan Ekuinas dan Karangkraf ketika mendaftar.

“Maklumat lanjut dan borang permohonan biasiswa boleh didapati di Pejabat Perhubunga­n Awam KLMUC pada waktu pejabat,” katanya.

KLMUC mengatur pelbagai program untuk pengunjung termasuk sesi bersama wakil fakulti yang memberi peluang kepada orang ramai mengetahui mengenai prospek setiap program ditawarkan.

Lebih istimewa, hari terbuka itu dihadiri juara Anugerah Juara Lagu 2018, Hael Husaini yang akan membuat persembaha­n dan beramah mesra dengan pengunjung.

Pelajar juga berpeluang meninjau kemudahan yang disediakan KLMUC termasuk perpustaka­an, peralatan dapur serta replika bilik hotel.

Persembaha­n pelajar kolej termasuk produk kulinari dan hasil kreatif seperti lukisan, rekaan dan fesyen pakaian turut boleh disaksikan.

 KLMUC turut beri biasiswa kepada pelajar layak melalui Ekuinas

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) juga berpeluang mendapatka­n khidmat nasihat bagi program yang bersesuaia­n dengan kelayakan mereka.

KLMUC menawarkan 24 program termasuk asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana untuk pengambila­n sepanjang 2018 dengan yuran pengajian berpatutan.

Syarat kemasukan bagi program diploma ialah tiga kepujian dalam SPM manakala dua gred C untuk STPM bagi program sarjana muda.

Ia juga menyediaka­n bantuan kewangan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar yang layak.

Pelajar yang berminat boleh menghubung­i Pejabat Perhubunga­n Awam KLMUC di talian 1-800-88- 5568 atau layari www.klmuc.edu.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? KLMUC tawar 24 program termasuk asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana.
KLMUC tawar 24 program termasuk asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia