Harian Metro

Plaform ilmu dua benua

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 IUMW sedia pakej pendidikan gabung kekuatan akademik Malaysia, UK

Universiti Antarabang­sa Malaya-Wales (IUMW) menyediaka­n pelbagai platform untuk memperkasa­kan individu, di samping asas kukuh dalam pendidikan pelajarnya.

Ditubuhkan melalui kerjasama strategik antara Universiti Malaya (UM) dan Universiti Wales, United Kingdom, IUMW membawa bersama ahli akademik terbaik dari dua benua berlainan dan memanfaatk­an sumber yang ada untuk pelajarnya.

Sepanjang penubuhan, IUMW melahirkan ribuan alumni yang berjaya dan sehingga kini kekal sebagai satu daripada universiti paling disegani.

IUMW menjadi antara universiti pertama di Malaysia menawarkan pakej pendidikan sebenar dengan gabungan kekuatan akademik Malaysia dan United Kingdom.

Dengan hanya satu kemasukan, pelajar IUMW boleh memperoleh dua ijazah dengan belajar di tiga universiti iaitu IUMW, Universiti Malaya dan Universiti Wales melalui program dwi anugerah.

Program itu membuka jalan untuk pelajar dengan menghabisk­an satu semester di Universiti Malaya dan Universiti Wales.

IUMW juga sentiasa memastikan pensyarahn­ya di tahap terbaik dan profesiona­l dengan mengambil kira pengalaman industri bagi menjamin pelajar mencapai kualiti pendidikan yang tinggi.

Kampus IUMW dalam taman dan terletak di bandar raya menawarkan pelbagai kemudahan seperti perpustaka­an, auditorium, dewan kuliah dan makmal. Kunjungi gerai pameran IUMW di

FACON Education Fair akhir bulan ini atau boleh juga ke Hari Terbuka IUMW pada 6 hingga 8 April depan.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web www.iumw.edu.my atau hubungi 03-26173131.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia