Harian Metro

Tagih emas keirin

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

 Azizulhasn­i diberi sandaran untuk raih pingat di Gold Coast

Harapan sekali lagi disandarka­n kepada jaguh keirin negara, Azizulhasn­i Awang (gambar) untuk menyerlah di Sukan Komanwel Gold Coast.

The Pocket Rocketman dijadual menyertai keirin dan pecut individu bersama-sama Shah Firdaus Sahrom di Velodrom Anna Meares.

Ia umpama ‘rumah kedua’ kepada pelumba negara kerana mereka berpangkal­an di negara yang sama hampir 11 tahun.

“Kita mengharapk­an ada kilauan pingat diraih Azizulhasn­i di temasya itu,” jelas pengurus skuad berbasikal negara ke Gold Coast, Ramlay Ibrahim.

Bagaimanap­un, ia bukan tugas yang mudah kerana saingan trek di Sukan Komanwel amat sengit dengan kehadiran Great Britain dan Australia selaku tuan rumah yang dikhabarka­n melakukan persiapan rapi.

Namun ia turut dilihat tidak mustahil jika peluang terhidang terutama dalam keirin dan Malaysia pernah membuktika­n kemampuan pada Sukan Komanwel 2010 namun dibatalkan apabila didakwa menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven, sekali gus emas diberikan kepada rakan senegara, Josiah Ng.

Malaysia menghantar 13 pelumba secara keseluruha­n dengan tugas bagi acara pecut berpasukan digalas Muhammad Fadhil Zonis, Muhammad Khairil Nizal Rasol dan Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin.

Mereka diharap mampu menggegar untuk sekurang-kurangnya memadamkan rekod kebangsaan berusia 10 tahun - 44.725 saat dilakukan Azizulhasn­i Awang, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin pada Olimpik 2008.

Turut diharapkan menyerlah adalah pemenang emas acara perlumbaan mata Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018, Jupha Somnet yang dilihat mampu mencabar di pentas lebih tinggi.

Dua lagi pelumba wanita yang tersenarai adalah Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Barisan pelumba endurance pula diketuai Irwandie Lakasek, Eiman Firdaus Mohd Zamri, Afiq Huznie Othman, Nur Aiman Rosli dan Muhammad Daniel Haikkal Edy Suhaidee.

Pada temasya di Glasgow empat tahun lalu, skuad berbasikal yang menghantar lapan pelumba meraih sebutir gangsa dalam acara keirin menerusi Azizulhasn­i.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia