Harian Metro

Qatar saksi perlumbaan pertama Hafizh Syahrin

-

Saya sangat gembira kerana sudah melepasi perlumbaan pertama dalam MotoGP.

Grand Prix Qatar adalah permulaan yang baik untuk musim pertama saya di MotoGP dan lega kerana menamatkan perlumbaan pertama ini dengan selamat dan meraih mata.

Saya fikir semua pelumba agak gementar sejak sesi latihan bebas pertama lagi... saya juga begitu tetapi pada hari kedua perasaan itu semakin baik.

Saya juga berasa gementar ketika di grid perlumbaan tetapi sebaik saja perlumbaan bermula, semua perasaan itu hilang. Apapun, ia mengambil beberapa pusingan untuk saya berasa lebih lega dalam perlumbaan.

Qatar juga menyaksika­n saya buat kali pertama menghadiri penerangan dengan semua pelumba MotoGP. Ia mengambil sedikit masa terutama ketika sesi fotografi. Bagi menghilang­kan rasa bosan, saya membuat kapal terbang kertas untuk cuba menghiburk­an diri.

Balingan kapal terbang itu hampir terkena Valentino Rossi dan dia tersenyum, saya mengenali hampir semua pelumba dalam MotoGP tetapi adalah lebih baik sekiranya saya dapat kenal dengan lebih dekat.

Saya sentiasa percaya apabila perlumbaan, saya perlu beri 100 peratus fokus tetapi apabila sudah selesai saya akan jadi seperti biasa dan diri saya sendiri. Saya boleh katakan, ini juga cara untuk saya melepaskan tekanan.

Pengalaman di Qatar juga menemukan saya dengan beberapa peminat Malaysia yang berada di sana. Ada juga peminat di setiap pusingan di luar namun di Qatar adalah antara yang terbaik.

Mereka memperkena­lkan saya dengan makanan tempatan di sana. Kali ini, saya dan isteri meluangkan masa dengan beberapa peminat di sana, ia salah satu cara untuk saya melupakan tugas buat seketika.

Secara keseluruha­nnya, saya gembira dengan keputusan di Qatar tetapi saya percaya masih banyak yang perlu dilakukan. Saya berjanji kepada pasukan (Monster Yamaha Tech3) untuk terus berusaha gigih dan meningkatk­an prestasi saya.

Saya juga tidak mahu mengecewak­an pasukan dan juga peminat Malaysia! Doakan kejayaan saya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia