Harian Metro

Lebih ramai penjaring lagi bagus: Firmino

-

London: Penyerang Liverpool amat fokus terhadap kemajuan kelab itu dan tidak tertekan untuk menyamai kehebatan jaringan perancang utama Mohamed Salah musim ini, kata penyerang Roberto Firmino.

Salah dari Mesir mendahului perebutan bagi anugerah Kasut Emas Eropah di depan penyerang Barcelona, Lionel Messi, selepas mengumpul 36 gol dan 12 ‘assist’ dalam 41 penampilan bagi semua pertanding­an pada musim sulungnya di Liverpool.

“Tidak mungkin! Kami amat serasi di sini di Liverpool,” kata Firmino apabila ditanya sama ada dia berasa tertekan berikutan harapan terhadapny­a untuk menyaingi pencapaian hebat rakan sepasukann­ya itu.

“Ramai bercakap mengenai kekuatan serangan kami, yang turut mempunyai (Sadio) Mane, tapi kami satu pasukan dengan kualiti hebat yang efektif ketika menyerang.

“Kami perlu berfikir secara wajar. Lebih ramai pemain menjaringk­an gol lebih bagus. Liverpool mendapat faedahnya dalam situasi ini.”

Firmino meledak 23 gol musim ini, manakala Mane menyumbang 14 ketika Liverpool mendahului senarai carta jaringan gol Liga Juara-Juara dengan 28 setakat ini dan jumlah mereka 73 gol dalam Liga Perdana hanya kedua di belakang pendahulu Manchester City.

Kelab Merseyside itu yang menghuni tangga ketiga liga akan bertemu musuh City pada suku akhir Liga Juara-Juara yang dinanti-nantikan bulan depan.

Firmino turut berkata, perpindaha­n rakan senegara Philippe Coutinho ke Barcelona Januari lalu mengubah cara Liverpool bermain dan menjadikan mereka lebih sukar dijangka. Liverpool bertandang ke Crystal Palace bagi aksi Liga Perdana pada 31 Mac ini. - Reuters

 ??  ?? FIRMINO (kiri) akui tidak tertekan dengan ketajaman Salah di depan gawang lawan.
FIRMINO (kiri) akui tidak tertekan dengan ketajaman Salah di depan gawang lawan.
 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia