Harian Metro

‘Jangan terlalu fikir lawan’

-

menyertai Harimau Malaya, Natxo Insa, dia percaya mereka perlu fokus dalam mempersiap­kan diri sendiri tanpa terlalu memikirkan kekuatan pasukan lawan.

“Saya fikir kami perlu lebih fokus kepada diri kami sendiri, ini pasukan baru. Saya percaya Mongolia pasukan yang baik, ini peluang untuk kami menguji kemampuan sendiri.

“Kita tak ada banyak masa, ramai pemain yang beraksi dalam saingan liga minggu lalu dan hanya sempat menjalani pemulihan kecergasan semalam. Kami perlu memahami taktik dengan baik dan cuba untuk menang,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ketika ditemui pada sesi latihan, semalam.

Natxo, pemain kacukan kelahiran Sepanyol antara 15 pemain baru selain seorang lagi pemain JDT yang berasal dari England, La’Vere Corbin-Ong yang dipanggil oleh Cheng Hoe bagi memperkuat­kan pasukan kali ini.

Perlawanan menentang Mongolia dianggap penting bukan saja sebagai pemanas badan sebelum aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 dengan Lubnan pada 27 Mac, malah untuk menamatkan kemarau kemenangan lebih setahun skuad kebangsaan di pentas antarabang­sa.

Natxo, 32, mengakui tidak sabar untuk tampil buat kali pertama bersama skuad kebangsaan meskipun adiknya, Kiko Insa terpaksa diketepika­n pada saat akhir kerana mengalami jangkitan pada mata.

“Ini kali pertama kami bersama dalam skuad kebangsaan, ia satu sejarah. Saya gembira berada di sini, kita ada pemain muda dan pengalaman, saya fikir kami boleh lakukan dengan baik,” kata bekas pemain kelab Sepanyol, Levante itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia