Harian Metro

Dua gergasi bersua

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Pahang, JDT diundi bertemu pada aksi suku akhir Piala FA

Peluang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membalas kekecewaan tahun lalu di tangan Pahang kini terbuka luas apabila kedua-dua pasukan itu diundi bertemu pada aksi suku akhir Piala FA, bulan depan.

JDT yang juga juara pada 2016 dan tewas kepada skuad Tok Gajah menerusi agregat 4-3 pada peringkat sama tahun lalu, sudah pasti tidak mahu sejarah pahit itu berulang kembali.

Bagaimanap­un, Pahang yang kali terakhir menjulang trofi pada 2014 dan kecundang kepada Kedah 3-2 pada final tahun lalu, nyata sudah bersedia dengan undian sukar itu.

Bagi pengurus pasukan Pahang, Datuk Sufian Awang, beliau percaya skuad kendalian Dollah Salleh kini berada di tahap terbaik selepas menyingkir­kan juara bertahan Kedah 1-0 pada pusingan ketiga minggu lalu.

“Saya yakin dan percaya, kedua-dua pasukan ada strategi masing-masing untuk menghadapi perlawanan ini. Pun begitu, kita menghormat­i JDT yang semestinya akan memberikan saingan sengit kerana ini dianggap aksi balas dendam.

“Tapi kita juga ada taktikal dan strategi yang bakal diolah oleh Dollah . Saya percaya perlawanan ini akan menjadi seperti ‘El Clasico’ di mana ia bakal menjadi perhatian peminat seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian Piala FA, semalam.

Andai menang pada aksi suku akhir, Pahang atau JDT bakal berdepan sama ada FELDA United dan PKNP FC yang membuat perhitunga­n dalam satu lagi perlawanan.

Turut menarik perhatian, aksi pertembung­an setempat Lembah Klang antara Kuala Lumpur dan Selangor yang diundi bertemu pada suku akhir.

Kedua-dua pasukan ini sudah berentap pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Februari lalu yang menyaksika­n skuad Red Giants menang 2-0.

Jika melepasi halangan itu, mereka bakal bertemu pemenang antara PKNS FC dan Perak yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.

Perlawanan suku akhir pertama akan diadakan pada 6, 7 dan 8 April manakala kedua pada 20, 21 dan 22 April.

 ?? FOTO: ?? SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) bersama Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho pada Majlis undian pusingan suku
akhir Shopee PIALA FA MALAYSIA 2018.
FOTO: SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) bersama Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho pada Majlis undian pusingan suku akhir Shopee PIALA FA MALAYSIA 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia