Harian Metro

Azraai pikul tugas berat pacu skuad Hobin Jang Hobin

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah mengakui banyak kerja perlu dilakukan bagi memastikan pasukan itu kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Azraai yang mengambil alih tugas daripada Jorg Steinebrun­ner hujung bulan lalu, sedar berikutan kedudukan di tangga tercorot hasil satu kemenangan dalam lima perlawanan, tugas yang dipikulnya begitu mencabar.

Jurulatih itu berkata, situasi kali ini berbeza dibandingk­an dengan tugasan pertamanya bersama pasukan itu pada 2011 bila mana beliau berjaya membawa skuad Hobin Jang Hobin menjuarai Piala Malaysia.

“Pada 2011, liga kita hanya dibarisi pemain tempatan yang mana ketika itu Negeri Sembilan memiliki adunan pemain berpengala­man dan muda yang bagus.

“Pemain senior seperti Shukor Adan, Hai-O (Hairuddin Omar), Idris Karim dan Nurhafiz Zamani Misbah berjaya membentuk gandingan mantap dengan pemain muda Farizal Marlias, Aidil (Zafuan Radzak), Zaquan Adha (Radzak) dan S Kunanlan.

(gambar)

“Tapi sekarang suasana amat berbeza dengan separuh kekuatan setiap pasukan bergantung kepada pemain import. Jadi jika pemain import gagal memainkan peranan diharapkan, secara tidak langsung memberi kesan kepada pasukan,” katanya.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana pemain import pasukan itu musim ini, Azraai berkata, beliau akan menilai serta memberi mereka peluang membuktika­n kemampuan masing-masing hingga pintu perpindaha­n dibuka pada Jun depan.

Kuota import pasukan itu musim ini diisi oleh Kim Do Heon (Korea Selatan), Nicolas Velez (Argentina), Flavio Beck Junior (Brazil), Renars Rode (Latvia) dan Prak Mony Udom (Kemboja).

“Buat masa ini saya cuba melakukan yang terbaik dengan sumber sedia ada. Banyak kerja saya kena buat seperti meningkatk­an kecergasan pemain, membentuk kombinasi serta meningkatk­an keyakinan mereka.

“Saya akan lihat hingga

Jun, jika perlu saya lakukan rombakan atau pertu karan pemain, saya akan lakukan demi menyelamat­kan pasukan ini daripada kembali ke Liga Perdana musim depan.

“Sasaran sekarang adalah mengeluark­an Negeri Sembilan dari zon penyingkir­an terlebih dulu. Selepas itu kami perlu memastikan pasukan ini konsisten untuk mengekalka­n kedudukan dalam Liga Super seperti ditetapkan oleh persatuan,” ujar Azraai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia