Harian Metro

MUSA bakal singkir beberapa pemain import

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) membayangk­an beberapa pemain import skuad itu akan disingkirk­an menjelang jendela perpindaha­n pemain Mei depan.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi

mengakui tidak berpuas hati dengan beberapa pemain import yang dilihat gagal mencapai prestasi terbaik seperti yang diharapkan.

Malah beliau turut memberi bayangan pasukan itu akan

(gambar)

mengambil import baru yang mampu menjadi nadi skuad itu bergerak lebih agresif untuk membentuk cabaran lebih efektif.

Menurutnya, selepas saingan Piala FA dan Liga Super setakat ini, kelibat pemain import hanya pada tahap meyakinkan, namun bukan seperti yang dijangka untuk memimpin skuad Hang Tuah itu berada pada prestasi yang lebih memberangs­angkan.

“Tumpuan adalah untuk menukar import yang gagal bertindak cemerlang. Justeru, kami meneliti beberapa pemain baru yang boleh membentuk gandingan lebih bertenaga.

“Bagaimanap­un, tiada perubahan dalam kalangan pemain tempatan dengan kemungkina­n besar semua akan dikekalkan. Ia disebabkan kitaran pemain tempatan terbaik terhad dengan mereka sudah mewakili pasukan masing-masing,” katanya.

Musim ini, Melaka memiliki lima import iaitu Yahor Zubovich (Belarus), Shahdan Sulaiman (Singapura), Tiago Gomes (Portugal), Steven Thicot (Perancis) dan Jeon Woo Young (Korea Selatan).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia