Harian Metro

Rempuhan ajal

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

 Seorang maut, dua cedera pacuan empat roda terbabas

Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dipandu terbabas di bulatan Telipok Ria, Jalan Kota Kinabalu-Tuaran, dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.13 pagi, mangsa, Thong Chung Wai, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penumpang kenderaan itu, isteri dan anak perempuan Thong cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail berkata, sebelum kejadian, Thong, isteri dan anak perempuann­ya menaiki Ford Ranger.

Difahamkan, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Beliau berkata, pacuan empat roda mangsa dipercayai dipandu laju dan ketika melalui bulatan Telipok Ria kenderaann­ya hilang kawalan.

“Ia mengakibat­kan pacuan empat roda itu merempuh tebing bulatan lalu terbabas ke kiri jalan dan bergolek beberapa kali sebelum berhenti di lorong kiri menghala ke Tuaran.

“Akibatnya, Thong tersepit di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada NSTP.

Beliau berkata, dua lagi penumpang pacuan empat roda itu dirujuk ke Hospital Tuaran akibat cedera ringan.

Menurut Dzulbahari­n, hasil siasatan juga mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang disyaki memandu secara melulu.

“Kemalangan ini juga berlaku akibat terbabas sendiri dan tidak membabitka­n pihak lain.

“Bagaimanap­un, kes dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN pacuan empat roda yang terbabit kemalangan di bulatan Telipok Ria, semalam.
KEADAAN pacuan empat roda yang terbabit kemalangan di bulatan Telipok Ria, semalam.
 ??  ?? PACUAN empat roda terbalik sejurus kemalangan.
PACUAN empat roda terbalik sejurus kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia