Harian Metro

19 berhimpit dalam bot pancung dicekup

-

Lahad Datu: Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mahu menyeludup keluar dari negeri ini dengan menaiki sebuah bot pancung ditahan di perairan Tanjung Labian, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, warga asing dipercayai berasal dari Filipina itu ditahan oleh sepasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu yang melakukan rondaan di perairan berkenaan.

Pengarah Maritim Lahad Datu, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata, ketika kejadian, pihaknya mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigak­an.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menghampir­i bot itu lalu melakukan pemeriksaa­n.

“Kami menemui 19 warga asing di dalam bot terbabit. Mereka terdiri daripada ka- nak-kanak berusia setahun hingga dewasa berusia 45 tahun.

“Bagaimanap­un, semua individu itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati bot pancung itu tidak mempunyai sebarang nombor pendaftara­n.

Katanya, PATI itu dipercayai cuba menyeludup keluar untuk pulang ke Filipina.

“Kami menahan semua PATI dan membawa mereka dan bot itu ke jeti Pos Maritim FELDA.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Maritim Malaysia akan terus menjalanka­n tugas penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Lahad Datu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubung­i Pusat Operasi APMM Lahad Datu di talian 089-885727 atau MERS 999 untuk sebarang kejadian termasuk kecemasan,” katanya.

 ?? Radzil ?? Mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia setahun sehingga dewasa berusia 45 tahun” BOT pancung dinaiki 19 PATI ditahan di perairan Tanjung Labian, semalam.
Radzil Mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia setahun sehingga dewasa berusia 45 tahun” BOT pancung dinaiki 19 PATI ditahan di perairan Tanjung Labian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia