Harian Metro

Gotong-royong bina Tadika KEMAS

-

Tanjung Manis: Lebih 30 penduduk dari enam rumah panjang, di sini, bergotong-royong membina Tadika KEMAS di Kampung Berangan, Paloh di sini.

Ia menggunaka­n peruntukan RM55,000 menerusi geran projek kecil luar bandar (MRP) yang disalurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol.

Pemimpin masyarakat, Tuai Rumah Jimme Isan, 47, berkata, penduduk memilih untuk bergotong-royong membina bangunan tadika itu memandangk­an kosnya akan meningkat jika menggunaka­n kontraktor.

Pemimpin masyarakat, Tuai Rumah Jimme Isan, 47, berkata, kerja membina tadika berkenaan bermula sejak empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.

“Saya mewakili seluruh penduduk Kampung Berangan mengucapka­n terima kasih atas inisiatif dan bantuan wakil rakyat menyalurka­n peruntukan itu.

“Lebih menggembir­akan, pembinaan bangunan tadika itu menamatkan penantian kami menyediaka­n bangunan lebih baik untuk pendidikan awal anak kami sejak 14 tahun lalu,” katanya.

Jimme berkata, Tadika KEMAS kampung itu diwujudkan pada 2004, tetapi beroperasi di pondok kecil di hadapan rumah panjang Kampung Berangan, Paloh.

Bagaimanap­un katanya, saiz pondok yang kecil dan usang tidak selamat untuk murid serta tenaga pengajar di tadika berkenaan.

“Kami bersyukur masalah itu mendapat perhatian serius wakil rakyat kami (Abdullah) dan beliau beberapa kali meninjau keadaan tadika sebelum meluluskan peruntukan bagi tujuan pembinaann­ya,” katanya,

Sementara itu, Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) berkata, bangunan tadika baru itu bakal menyediaka­n suasana pembelajar­an lebih selesa kepada anak Kampung Berangan.

 ??  ?? ABDULLAH (kiri) melawat tadika yang kini dalam pembinaan di Kampung Berangan.
ABDULLAH (kiri) melawat tadika yang kini dalam pembinaan di Kampung Berangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia