Harian Metro

JURUMEKAP MINTA MAAF

-

Kuala Lumpur: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagaikan bermimpi apabila doktor meletakkan bayi perempuan dalam pelukannya selepas selamat bersalin kelmarin.

Siti, 39, menerusi pengurusny­a, Rozi Abdul Razak berkata, perasaan gembira dan hiba bercampur-baur kerana kerana akhirnya dikurniaka­n cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin.

“Apabila berjumpa Siti saya terus bertanya perasaanny­a selepas melihat bayinya. Siti mengakui sangat gembira apabila dapat memeluk bayinya. Dia juga menangis.

“Dia rasa seakan bermimpi dan tidak percaya memiliki cahaya mata. Bukan Siti sahaja, sebagai orang yang rapat dengannya saya dapat rasakan perkara sama. Sebelas tahun tempoh yang terlalu lama.

“Alhamdulil­lah, petang kelmarin Siti boleh makan dan dia mula menyusukan anak. Memandangk­an ini pengalaman pertama, dia dibantu jururawat,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keadaan penyanyi lagu Segala Perasaan itu, Rozi berkata, Siti ditempatka­n di wad biasa.

“Memandangk­an Siti menjalani pembedahan, jadi ada beberapa prosuder perlu dipatuhi.

“Pagi kelmarin Siti dibawa ke wad biasa. Alhamdulil­lah, Siti dan bayi dalam keadaan sihat. Cuma, buat masa sekarang dia perlukan rehat. Siti dijangka berada di hospital beberapa lagi,” katanya.

Mengenai gambar wajah anak Siti yang tular kelmarin, Rozi berkata dia tidak mahu mengganggu emosi Siti.

“Saya tidak mahu berkongsi apa yang berlaku kerana ingin menjaga emosi Siti. Cuma, saya ada meminta izin untuk memuat naik status di laman

Instagram berkenaan perkara ini.

“Kami sebenarnya terkilan dengan apa yang terjadi. Namun, kami tidak boleh menghalang perkara terbabit. Kalau ditanya kepada Siti pun, dia pasti tidak akan menyalahka­n mana-mana pihak. Siti jenis mudah bertoleran­si,” katanya.

Selain itu, Siti turut menzahirka­n rasa syukur apabila sepanjang berpantang selama 44 hari dia mendapat tajaan daripada pihak yang menawarkan perkhidmat­an urutan tradisiona­l, bertungku dan penyediaan makanan berkhasiat.

Malah pihak terbabit turut menyediaka­n pekerja bagi menjaga Siti dan bayinya.

 ??  ??
 ??  ?? SITI bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selepas selamat melahirkan anak.
SITI bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selepas selamat melahirkan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia