Harian Metro

KAK BAD SANDING SOLO

 Pengantin perempuan sanding sendirian pada majlis bertandang di rumah keluarga mentua

- Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Rizanizam Abdul Hamid cnews@nstp.com.my

“Siapa yang tidak malu jika terpaksa bersanding sendirian tanpa suami tersayang di sisi, namun sebagai menantu pertama, saya perlu mengetepik­an semua itu serta harus kuat demi keluarga.

“Memang diakui, pada awalnya saya memang tidak mahu memakai baju pengantin tetapi suami ada berpesan, seandainya dia tidak dapat balik, jadilah pengantin seperti biasa kerana saudara-mara serta rakan sebelah keluarga mentua ramai yang hadir,” kata Badriyah Amirullah.

Wanita kelahiran Johor Bahru itu tiba-tiba menjadi sebutan selepas kisahnya yang bersanding seorang diri ketika kenduri menyambut menantu di Teluk Intan, Ahad lalu, tular di media sosial.

Menurut Badriyah, dia dan suami, Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, masing-masing berusia 26 tahun, bercinta hampir setahun sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 18 November tahun lalu.

Katanya, kenduri sebelah pihak perempuan turut diadakan pada hari sama di Kampung Melayu Majidee, Johor, namun majlis di pihak lelaki terpaksa diadakan pada Ahad lalu selepas dipersetuj­ui kedua-dua keluarga.

“Memang kami merancangn­ya begitu (lewat empat bulan) bagi memudahkan urusan keluarga besar suami yang berada di Terengganu, Kedah dan Perak.

“Perasaan saya berbunga riang kerana ketika menemani suami melapor diri untuk latihan kemasukan sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di Terengganu, kami dimaklumka­n Syaiful akan mendapat pelepasan cuti selama tiga hari dan perlu kembali semula pada pagi Isnin (19 Mac).

“Ingatkan selepas itu tiada masalah dan kami berdua begitu teruja bersanding kali kedua namun kita hanya merancang, tetapi Allah menentukan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Badriyah yang bekerja sebagai pembantu keselamata­n kilang di Johor Bahru berkata, suaminya dijangka menamatkan latihan pada Julai depan sebelum ditempatka­n di balai bomba ditugaskan.

Katanya, ketika mendapat berita suaminya tidak mendapat pelepasan kerana dibekukan, dia hampir menangis di depan keluarga mentuanya.

“Mujurlah abah dan umi (ibu bapa mentua), Mohamad Shah serta Hamimah segera memujuk dan mententera­mkan saya supaya bersabar dan kuat daripada segi fizikal dan mental memandangk­an semua perancanga­n majlis sudah siap sepenuhnya.

“Tanpa sokongan keluarga mentua, saya mungkin tidak mampu meneruskan majlis berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, ketika dia tiba di lokasi majlis (Mini Arena Square, Chenderong Balai, Perak), semua tetamu memandang ke arahnya dan tertanya-tanya ke mana pengantin lelaki.

Mujur pengacara majlis segera membuat pengumuman bahawa Syaiful tidak dapat hadir atas sebab dinyatakan dan tetamu mula kelihatan lega.

“Saya gagahkan diri berjalan di depan orang ramai menuju ke meja makan beradab dan ketika itu hanya Tuhan tahu perasaan.

“Apapun, saya bertuah kerana abah dan umi sentiasa ada bersama dan semangat merekalah yang menjadi penguat semangat untuk saya meneruskan hingga tamat majlis,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MAKAN beradab hanya ditemani keluarga dan rakan. BADRIYAH menyambut tetamu.
MAKAN beradab hanya ditemani keluarga dan rakan. BADRIYAH menyambut tetamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia