Harian Metro

AL-QURAN TERAPI GELITA

 Kanak-kanak dilahirkan tanpa bebola mata tenang hafaz al-Quran

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Dunianya gelap sejak bayi kerana dilahirkan tanpa bebola mata kanan, manakala bebola mata kiri tidak sempurna, namun si cilik, Ahmad Aqeel Faiz Mohd Noor celik hati dan memanfaatk­an deria pendengara­n untuk menghafaz al-Quran.

Baru berusia enam tahun, namun si cilik itu sudah menghafaz surah al-Baqarah, al-Imran, al-Nisa, Yasin serta juzuk ‘amma juga menjadi terapi untuk menenangka­n dirinya yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD).

Kanak-kanak manja dengan panggilan Aqeel itu juga mempunyai daya ingatan yang kuat hingga mampu mengingati setiap inci kedudukan perabot di rumahnya, sekali gus memboleh dia bergerak dengan bebas tanpa melanggar sebarang objek.

Ibunya, Nur Izzah Mohd Kamil, 35, berkata, ketika bayi dia kerap memainkan bacaan ayat suci al-Quran menerusi telefon bimbit sebagai terapi untuk Ahmad Aqeel.

“Sejak bayi lagi Aqeel kerap mengamuk, ada kalanya dia sukar untuk dikawal, menangis berjam-jam lamanya tak kira siang atau malam.

“Pada mulanya saya mainkan bacaan ayat al-Quran kerana menyangka Aqeel mengalami gangguan makhluk. Tak sangka dia sebenarnya fokus mendengar dan menghafaz ayat dimainkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, di sini, semalam.

Menurutnya, sejak itu dia dan suami, Mohd Noor Kamarulzam­an, 35, menggunaka­n kaedah sama untuk memujuk Aqeel setiap kali kanak-kanak itu meragam dan ketika mendodoika­nnya pada waktu tidur.

“Akibat dilahirkan cacat penglihata­n Aqeel, sukar untuk lelapkan matanya, meskipun sudah padamkan lampu dan keadaan menjadi gelap baginya suasana ketika itu tetap sama. Anak saya tak tahu nak bezakan siang atau malam, hanya ayat suci al-Quran menjadi terapi mujarab buatnya.

“Bila tiba waktu tidur kami bawa Aqeel dan abangnya ke dalam bilik tidur mereka. Saya dan suami kemudian mainkan ayat al-Quran bila sudah kerap, Aqeel semakin faham itu adalah waktunya untuk tidur.

“Ada juga waktu Aqeel sukar untuk tidur, ketika itu dia akan mengulangi mana-mana ayat yang didengar sampai tertidur adakalanya hingga sampai pagi,” katanya.

Nur Izzah berkata, dia mula menyedari Aqeel mempunyai kelebihan menghafaz ketika usia kanak-kanak itu mencecah tiga tahun.

“Pada waktu itu, saya membaca Yassin pada malam Jumaat. Sedang kusyuk membaca tiba-tiba Aqeel mencelah dan sambung ayat seterusnya, ia berterusan sampailah ke ayat terakhir.

“Minatnya terhadap al-Quran semakin berkembang dengan mula menghafaz juzuk ‘amma, al-Baqarah, al-Imran dan al-Nisa, namun bacaanya tidak sempurna seperti orang normal dan dia juga tidak boleh dipaksa untuk mengulangi apa yang dibaca,” katanya.

Berikutan itu, Nur Izzah sanggup mengorbank­an keriernya sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat swasta semata-mata mahu memberi tumpuan penuh terhadap anak istimewany­a.

“Saya mengambil keputusan berhenti kerja tahun lalu, memandangk­an ketika itu usianya mencecah lima tahun, risau jika tidak dibimbing kebolehan Aqeel menjadi sia-sia,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FAIZ dan Nur Izzah menyemak bacaan Ahmad Aqeel mengalunka­n ayat suci al-Quran.
FAIZ dan Nur Izzah menyemak bacaan Ahmad Aqeel mengalunka­n ayat suci al-Quran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia