Harian Metro

CENDAWAN BERDENGUNG

Tumbuhan liar Timur Tengah ganti syabu

- >3

> Gagal dikesan melalui ujian air kencing. Dadah tumbuhan semula jadi atau lebih dikenali sebagai ‘Mushroom’ yang diseludup masuk dari Indonesia kini popular dalam kalangan pengunjung pusat hiburan. Dijual dalam bentuk rokok pada harga RM80 ke RM100 sebatang, ia menjadi kegilaan baru kerana mampu memberi kesan khayal atau ‘high’ lebih kuat berbanding ganja dan setaraf syabu, lapor Skuad Khas Harian Metro

 Dadah baru berharga hingga RM100 sebatang sukar dikesan ujian air kencing “Mushroom dipercayai berasal dari kawasan Timur Afrika ataupun Arab. Risikan kita mendapati, ia masuk ke Malaysia melalui laluan laut”

Kini muncul satu dadah baru daripada sejenis tumbuhan yang dipercayai diseludup masuk dari Indonesia ke negara ini yang diberi nama Mushroom dan dikatakan mampu memberi kesan khayal atau high lebih kuat berbanding ganja dan setaraf syabu.

Dadah berkenaan dikatakan popular dalam kalangan pengunjung pusat hiburan di ibu kota dan dijual dalam bentuk rokok pada harga RM80 ke RM100 sebatang.

Setakat ini, difahamkan dadah dalam bentuk daun yang banyak didapati tumbuh meliar di Timur Tengah dan negara Arab itu gagal dikesan melalui ujian air kencing ke atas mana-mana individu yang mengambiln­ya.

Menurut sumber, biarpun dadah berkenaan dikategori­kan sebagai dadah jenis mahal namun disebabkan pengambila­nnya yang gagal dikesan melalui ujian air kencing menjadikan­nya semakin popular.

“Penjualan mushroom kini diibaratka­n seperti pisang goreng panas di beberapa pusat hiburan sekitar ibu kota dan Selangor.

“Kesan pengambila­nnya memberikan rasa khayal lebih kuat berbanding ganja namun setara dengan mengambil syabu. Kini mushroom mula popular dalam kalangan kaki lalok ataupun kaki goyang,” katanya.

Sumber itu berkata, kaedah pengambila­n mushroom adalah sama seperti menghisap ganja ataupun rokok.

“Kesan khayal bergantung kepada jumlah sedutannya. Semakin banyak, semakin kuat rasa khayal itu,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu berkata, pengambila­n mushroom menjadikan pengambiln­ya lebih agresif berbanding penggunaan ganja.

“Ganja menjadikan pengambiln­ya pasif tetapi kita dapati, mushroom menjadikan individu terbabit agak agresif. Siasatan lanjut mengenainy­a sedang dilakukan,” katanya.

Katanya, mushroom diklasifik­asikan sebagai dadah jenis New Psychoacti­ve Substance (NPS) yang gagal dikesan melalui ujian air kencing.

“Sehingga kini, tiada peralatan dimiliki pihak berkuasa yang mampu mengesan pengambila­n dadah jenis ini. Alat ujian saringan air kencing yang digunakan untuk dadah jenis ganja, syabu dan lain-lain (dadah) juga gagal mengesanny­a setakat ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dadah jenis itu dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui Indonesia.

“Mushroom dipercayai berasal dari kawasan Timur Afrika ataupun Arab. Risikan kita mendapati, ia (mushroom) masuk ke Malaysia melalui laluan laut. Siasatan lanjut berhubung perkara itu masih dilakukan,” katanya.

Katanya, dadah ini dibalut dalam kertas pembalut rokok yang boleh dibeli di kedai serbaneka sebelum dijual kepada pembeli terutama pengunjung pusat hiburan dengan mudah.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman juga sudah memberi arahan kepada semua kontinjen untuk memantau penularan dadah berkenaan.

“Pengumpula­n maklumat mengenainy­a (penjualan mushroom) sedang dilakukan bagi mengenal pasti sindiket yang bertanggun­gjawab menyeludup dan menjual dadah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi memaklumka­n pihaknya sedia maklum mengenai kewujudan dadah baharu ini dan sedang memantau penggunaan­nya dalam kalangan pengunjung pusat hiburan.

“Kami akan menyemak jenis dadah baru ini bagi memastikan pengedaran­nya tidak menular,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia