Harian Metro

Enam ditahan kes jual tanah Ijok

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang bergelar Datuk, semalam, untuk membantu siasatan isu penjualan tanah seluas 880 hektar di Ijok, Selangor, kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Semua mereka berusia 34 hingga 84 tahun ditahan di Petaling Jaya, Selangor, dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara jam 12.44 tengah hari hingga jam 4 petang semalam.

Antara ditahan adalah bapa dan anak lelakinya.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, siasatan pihaknya membabitka­n penerimaan bayaran menerusi transaksi wang RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

Beliau berkata, pada masa sama SPRM merampas dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan untuk membantu siasatan.

“SPRM mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk dipercayai berada di luar negara dan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan.

“Pasukan penyiasat membekukan sembilan akaun peribadi dan syarikat dianggarka­n bernilai RM39 juta milik semua suspek untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada 15 Februari lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuntut pihak berkuasa menyiasat dalang memulangka­n tanah dirampas Kerajaan Selangor daripada pemaju perumahan di Ijok pada 2009 yang kemudian dijual kepada pihak lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia