Harian Metro

PELINCIR MAKAN DALAM

> Minyak enjin kitar semula menggunaka­n jenama terkenal atau lebih dikenali sebagai minyak 'piau' dikesan dijual secara berleluasa di bengkel kenderaan dengan harga hampir 50 peratus lebih murah berbanding jenama asli. Biarpun menyedari ia boleh menjahana

- Mohd Azam Shah Yaacob, Nabihah Kamal dan Mohd Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Hasil pemeriksaa­n, kita menemui 517 unit minyak hitam, 34 unit minyak gear dan 22 unit minyak brek tiruan yang dijual kepada pelanggan sebagai minyak asli”

Mohd Shahran Mohd Arshad

Kuala Lumpur

Minyak enjin kenderaan kitar semula menggunaka­n jenama terkenal atau lebih dikenali sebagai minyak ‘piau’ dikesan dijual secara berleluasa di bengkel kereta, lori serta motosikal di sekitar Lembah Klang pada harga hampir 50 peratus lebih murah berbanding jenama asli.

Kebanyakan minyak hitam berkenaan diperoleh sindiket daripada bengkel yang memang menyediaka­n tong dram khas untuk melupuskan minyak hitam yang ditukar pelanggan.

Minyak yang dibuang itu dijual pada harga antara RM40 hingga RM80 untuk satu tong dram sebelum minyak berkenaan disedut dan ditapis berulang kali menggunaka­n alat kimia khas hingga menjadi jernih kekuningan.

Minyak itu kemudian dipek semula sebagai minyak baru menggunaka­n pelbagai jenama terkenal untuk dijual kepada pelanggan dengan harga diskaun.

Pelanggan pula tidak kisah membeli minyak hitam berkenaan asalkan harga murah.

Bagi pengusaha bengkel atau peniaga pula kebanyakan mereka tahu minyak yang dijual adalah minyak kitar semula tetapi demi mengaut keuntungan mereka sengaja tidak memaklumka­n kepada pelanggan.

Namun, aktiviti penjualan minyak hitam kitar semula itu sedikit terbantut apabila tiga premis yang menjual alat ganti kenderaan di ibu negara diserbu penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kuala Lumpur, semalam, hasil risikan sejak beberapa bulan lalu.

Dalam serbuan itu, 517 bekas 4 liter minyak enjin menggunaka­n jenama antarabang­sa dirampas.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, selain minyak hitam, turut dirampas adalah 34 unit minyak gear dan 22 unit minyak brek tiruan.

Katanya, operasi itu dijalankan berdasarka­n aduan pemilik jenama minyak berkenaan di negara ini yang mengesan aktiviti penjualan minyak tiruan itu kepada pelanggan.

“Bertindak atas aduan itu, KPDNKK Kuala Lumpur mewujudkan tiga pasukan bagi membuat pemeriksaa­n di tiga premis terletak di Taman Segar, Taman Daya dan Taman Melati bersama wakil jenama minyak itu di negara ini.

“Hasil pemeriksaa­n, kita menemui 517 bekas minyak hitam, 34 bekas minyak gear dan 22 bekas minyak brek tiruan yang dijual kepada pelanggan sebagai minyak asli,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahran berkata, hasil siasatan mendapati pemilik premis memperoleh bekalan daripada pembekal dan tahu bahawa ia adalah barangan tiruan namun tetap menjualnya bagi mengaut keuntungan mudah.

Katanya, nilai keseluruha­n minyak yang dirampas itu adalah sebanyak

RM41,430.

“Semua barangan dirampas mengikut

Seksyen 8(2)

Akta Perihal

Dagangan

2011. Jika sabit kesalahan dikenakan denda sebanyak

RM15,000 bagi setiap unit barangan disita bagi syarikat manakala denda

RM10,000 bagi setiap unit untuk perseorang­an juga boleh dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami turut merampas dua salinan invois, lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), dokumen Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) serta dokumen pesanan penghantar­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK membuat pemeriksaa­n di tiga
premis penyelengg­araan dan premis menjual alat
ganti kenderaan.
PENGUAT kuasa KPDNKK membuat pemeriksaa­n di tiga premis penyelengg­araan dan premis menjual alat ganti kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia