Harian Metro

DATIN KES DERA GAGAL DIKESAN

 Mahkamah Tinggi beri tempoh seminggu untuk kesan Rozita

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan Datin yang didakwa menyebabka­n kecederaan parah pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Datuk Tun Hamzah mengeluark­an perintah itu berikutan Datin Rozita Mohamad Ali, 44, gagal hadir ke mahkamah semalam, bagi mendengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadapny­a.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang mengendali­kan prosiding itu berkata, pihaknya cuba mengesan Rozita dan penjaminny­a di beberapa lokasi sejak semalam bagi menyerahka­n notis untuk hadir ke mahkamah namun gagal.

Mohd Iskandar berkata, pihaknya cuba memberikan notis menghadirk­an diri kepada Rozita malam semalam bagi mengesahka­n kehadirann­ya serta penjamin yang juga pegawai tentera udara di mahkamah, namun usaha itu sia-sia.

“Kami ke rumah responden (Rozita) di Damansara dan rumah keluargany­a di Melaka, namun didapati tiada orang di dalamnya.

“Ketika ke rumah penjaminny­a di kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, rumah itu kosong. Jadi, kami menampalka­n notis berkenaan di rumah penjamin itu,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 29 Mac ini.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakua­n baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintah­kan sedemikian selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraa­n kes terhadapny­a.

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkan­nya pertuduhan pindaan (menyebabka­n cedera parah).

Namun, pelbagai pihak menzahirka­n rasa tidak puas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Selain itu, lebih 50,000 individu menandatan­gani petisyen menerusi laman sesawang Change.org setakat ini yang menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap Rozita dan mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.

Pada 21 Disember dua tahun lalu, Suyanti ditemui terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang oleh pengawal keselamata­n.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROZITA
ROZITA
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 20 Mac lalu.
LAPORAN Harian Metro, 20 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia