Harian Metro

Bantu sambung belajar ke universiti

-

Kuala Lumpur: Kesukaran pelajar pintar Siti Norfatihah Norshahrin, 18, mencari sumber kewangan membantu keluarga ‘menjentik’ keprihatin­an Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) untuk tampil memberikan bantuan.

Apa tidaknya, gadis yang mendapat 7A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 itu rela menjadi tukang cuci di sekolah berhampira­n rumah dengan niat membantu keluarga.

Bagaimanap­un, nasib gadis dan keluargany­a dari Alor Setar, Kedah itu, mendapat perhatian Pengerusi BiKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Dr Shamsul Anuar terpanggil membantu selepas membaca kisah Norfatihah di akhbar, semalam.

“Kami simpati atas nasib malang yang menimpa Norfatihah dan keluargany­a. Saya dan BiKUM mengambil inisiatif untuk membantu merealisas­ikan impiannya menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

“Difahamkan, Norfatihah berhasrat menyambung pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kami mencari dana untuk membolehka­nnya ke universiti nanti,” katanya.

Dr Shamsul Anuar berkata, mengenai ibu dan bapa Norfatihah yang masing-masing tidak bekerja, pihaknya akan memberi bantuan kewangan setiap

bulan selama setahun.

Saya dan BiKUM ambil inisiatif

membantu merealisas­ikan

impiannya

Dr Shamsul Anuar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia