Harian Metro

Budak naik tocang!

 Penduduk gusar gelagat berbahaya kumpulan basikal lajak

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

“Kehadiran mereka mengganggu lalu lintas hingga pemandu perlu lebih berhati-hati bagi mengelakka­n daripada melanggar penunggang terbabit. Kalau jadi kes pemandu yang akan disalahkan”

Asmalizan Ismail

Kemahiran menunggang ditengah-tengah jalan yang sibuk termasuk mencelah antara kenderaan menjadi kebanggaan bagi sekumpulan kanak-kanak masih mentah yang aktif dalam aktiviti basikal lajak di Jalan Kebun, di sini.

Namun, aksi berani mati kanak-kanak terbabit berusia lingkungan sembilan hingga 13 tahun itu menimbulka­n rasa bimbang orang ramai yang khuatir keberanian tidak bertempat itu akan berakhir dengan tragedi.

Terbaru, dua video memparkan aksi sekumpulan enam kanak-kanak terbabit menunggang di tengah-tengah jalan tular di media sosial hingga mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk mengecam perbuatan itu dan menyalahka­n ibu bapa.

Setiap video berdurasi 10 saat itu merakam gelagat kanak-kanak yang kelihatan dengan selamba menunggang ditengah-tengah jalan sibuk dengan kenderaan.

Penduduk berhampira­n Asmalizan Ismail, 32, ketika ditemui, mengakui kerap melihat aksi berani mati tidak bertempat kanak-kanak terbabit.

“Saya geram melihat gelagat kanak-kanak itu, mereka berani mencelah antara kenderaan dan tidak merasakan perbuatan itu membahayak­an diri sendiri.

“Rakan saya sudah beberapa kali menasihati mereka namun tak diendahkan, kehadiran mereka mengganggu lalu lintas hingga pemandu perlu lebih berhati-hati bagi mengelakka­n daripada melanggar penunggang terbabit. Kalau jadi kes pemandu yang akan disalahkan.

“Kumpulan ini semakin aktif sejak musim cuti sekolah bermula. Siang atau malam sama sahaja, lebih ramai yang akan berkumpul pada malam minggu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, selain dua video berkenaan yang tular sejak Jumaat lalu, banyak lagi rakaman aksi berbahaya kumpulan basikal lajak itu sudah dimuat naik di YouTube.

Katanya antara carian paling tinggi dan mudah untuk ditonton adalah adalah ‘Kumpulan Basikal Lajak Jalan Kebun’ dan ‘Kumpulan Basikal Lajak Bukit Naga’.

“Mungkin video berkenaan dimuat naik sendiri oleh kanak-kanak terbabit, mereka macam berlawan atau saling mahu tunjuk siapa yang lebih hebat.

“Kanak-kanak ini kreatif apabila memasang kamera pada basikal untuk merakam aksi mereka. Tapi apa yang tidak enak rakaman itu menunjukka­n mereka melakukan aksi ‘Superman’ ketika menuruni bukit,” katanya.

Dia memberitah­u, ada antara video dimuat naik dirakam pada waktu malam di laluan utama dan kanak-kanak terbabit menggunaka­n peluang keadaan lengang tanpa kenderaan untuk melepaskan gian memecut basikal lajak.

Menurutnya, paling dikesali ada antara penunggang terbabit melakukan aksi berbahaya ketika masih memakai pakaian seragam dan ketika itu mereka dipercayai sedang dalam perjalanan ke sekolah kerana kejadian berlaku pada waktu pagi.

Sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah berhampira­n dan seorang ibu dia cuba mendidik kanak-kanak berkenaan mengenai risiko dan bahaya menunggang basikal dengan melakukan aksi yang tidak sepatutnya.

“Setakat ini belum ada kes kemalangan membabitka­n penunggang terbabit, mungkin pengguna di kawasan ini sentiasa berwaspada kerana tahu ini adalah ‘litar’ kanak-kanak itu.

“Tapi kalau boleh saya tak mahu lihat mereka menunggang dengan melakukan aksi berbahaya, risau ada terbabit insiden tidak diingini, jadi ibu bapa kena pantau anak masing-masing.

“Hairan bagaimana kanak-kanak ini boleh dibiarkan bebas berkeliara­n dan menunggang dengan sesuka hati meskipun pada waktu malam,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN video menunjukka­n kumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak di tengah jalan raya tanpa menghirauk­an keselamata­n.
RAKAMAN video menunjukka­n kumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak di tengah jalan raya tanpa menghirauk­an keselamata­n.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia