Harian Metro

Tahan tiga remaja pukul pelajar

-

Polis semalam menahan tiga remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam insiden membelasah seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah sekitar daerah ini, Jumaat lalu.

Mereka yang juga pelajar berusia 16 dan 17 tahun ditahan di dua lokasi di Pelabuhan Klang dan Telok Gong di sini, antara jam 7.30 malam hingga 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, seorang daripada tiga remaja itu bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal mendapati dua pelajar yang ditahan itu mengaku terbabit dalam kes berkenaan dan kami turut merampas telefon bimbit Oppo daripada seorang pelajar terbabit.

“Hasil semakan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya sudah memperoleh permohonan reman empat hari ke atas kedua-dua suspek hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Kata Shamsul Amar, kes disiasat mengikut Seksyen

323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangk­an kecederaan.

NSTP semalam melaporkan, akibat dituduh mengganggu pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki tingkatan dua dibelasah dua pelajar lain dalam kejadian di sekolah berkenaan.

Berdasarka­n satu rakaman video berdurasi 42 saat, mangsa berusia 14 tahun itu dipukul dan ditendang dua remaja lelaki berkenaan sambil disaksikan beberapa individu lain.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia