Harian Metro

RM50 juta rampasan sejak Januari

-

Gombak: Bekalan dadah untuk kegunaan lebih 200 juta penagih bernilai RM50.16 juta dirampas Polis Diraja Malaysia dalam pelbagai operasi dan serbuan dijalankan sejak Januari lalu hingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, jumlah itu membabitka­n rampasan 1,970 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis.

Katanya, antara dadah itu ganja iaitu sebanyak 1,145 kg, syabu (607 kg), heroin (107 kg), pil Erimin 5 (62 kg), Ecstasy (28 kg), pil yaba (11 kg) dan ketamin sebanyak 10 kg.

“Paling banyak dirampas dalam operasi dan serbuan dijalankan dadah jenis ganja yang keseluruha­nnya seberat lebih satu tan bernilai kira-kira RM22 juta.

“Semua dadah ini untuk keperluan 200 juta penagih berdasarka­n satu kali pengambila­n,” katanya.

Mohmad Salleh berkata, sepanjang tempoh itu juga PDRM sudah menahan 35,116 individu terbabit dadah iaitu 5,587 individu kerana mengedar, seramai 13,548 individu kerana memiliki dan 15,981 individu kerana positif dadah.

“Menerusi tangkapan ini, 33,021 adalah warga tempatan manakala 2,095 adalah warga asing dan 220 tangkapan lagi dibuat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Sepanjang tempoh itu juga, polis sudah menyita harta bernilai RM17.56 juta berkait dengan aktiviti dadah serta RM470,000 nilai harta juga sudah dilucutkan hak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia