Harian Metro

Pintas ganja dari utara di plaza tol

-

Gombak: Hasrat dua lelaki menjadi kaya sekelip mata dengan membawa ketulan ganja mampat bernilai RM528,000 musnah apabila diberkas Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dalam serbuan di Plaza Tol Rawang, Lebuhraya PLUS kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Lebih malang apabila mereka yang membawa 176 ketulan ganja dikatakan untuk pasaran Lembah Klang baru berjinak-jinak dalam kegiatan pengedaran itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 35 tahun itu dalam perjalanan dari utara tanah air menuju Lembah Klang menaiki dua kereta iaitu BMW 5 series dan Perodua Myvi.

Katanya, selepas mengekori dua suspek terbabit, pasukan STING dengan kerjasama JSJN Selangor dan JSJN Kedah berjaya memintas dua kenderaan berkenaan di Plaza Tol Rawang.

“Aktiviti dua suspek ini dikesan apabila polis mendapat maklumat orang awam. Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota JSJN Kedah kemudian melakang ngekori kenderaan dinaiki suspek sehingga ke Plaza Tol Rawang.

“Ketika di plaza tol itu, barulah kedua-dua suspek diberkas dengan kerjasama pasukan STING dan JSJN Selangor yang sudah sedia menunggu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, semalam.

Mohmad Salleh berkata, hasil pemeriksaa­n menemui 176 ketulan ganja mampat diletakkan dalam lima beg yang disorokkan di but be- BMW dinaiki seorang daripada suspek.

Katanya, semua ganja berkenaan seberat 176 kilogram dipercayai untuk pasaran dadah di Lembah Klang dan dibawa masuk dari sempadan negara melalui jalan tikus.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, bermula semalam (kelmarin) hingga 26 Mac ini.

“Dalam serbuan itu, kita turut menyita BMW digunakan suspek untuk membawa dadah berkenaan dan Perodua Myvi dinaiki seorang daripada mereka,” katanya.

Katanya, ia antara rampasan dadah terbesar sejak Januari lalu dan sehingga kini, PDRM sudah merampas lebih satu tan dadah jenis ganja yang keseluruha­n bernilai RM22 juta.

“Semua 176 kilogram ganja ini mampu memenuhi permintaan bekalan bagi kegunaan 351,000 penagih bagi sekali pengambila­n,” katanya.

 ??  ?? MOHMAD (empat dari kanan) menunjukka­n ganja mampat yang dirampas.
MOHMAD (empat dari kanan) menunjukka­n ganja mampat yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia