Harian Metro

Sepupu yakin Aca boleh bertahan

-

Muar: “Saya percaya sepupu masih hidup kerana dia seorang yang amat kuat dan pernah ditinggalk­an di atas kapal di laut selama dua bulan tanpa bekalan elektrik,” kata Arzizul Abd Rahman, 35, sepupu kepada salah seorang kru kapal korek pasir yang terbalik di Pantai Leka, Parit Jawa di sini, semalam.

Sepupu Arzizul, Mohd Akashah Azizan, 25, atau mesra dipanggil Aca adalah seorang daripada 14 kru yang dipercayai terperangk­ap dalam kapal berkenaan dan sehingga jam 8.20 malam tadi, mereka dipercayai masih hidup dan boleh berbalas ketukan dengan pasukan penyelamat di luar kapal terbabit.

Arzizul ketika ditemui di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR)di Pantai Leka berkata, pengalaman berharga Mohd Akashah yang masih bujang itu diharap mampu digunakan sebaiknya dalam keadaan sekarang.

Katanya, dia menerima berita sepupunya terbabit dalam kejadian kapal terbalik berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi tadi menerusi aplikasi WhatsApp keluarga.

“Aca sudah tiga tahun bekerja dalam bidang perkapalan dan sering belayar ke luar negara termasuk berulang-alik antara Singapura, Hong Kong dan Jepun.

“Dua tahun lalu Aca pernah ditimpa pengalaman buruk apabila ditinggalk­an di atas kapal tanpa bekalan elektrik selama hampir dua bulan sebelum diselamatk­an Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dia berjaya menghubung­i keluarga menerusi laman Facebook.

“Kami sekeluarga tawakal dengan segala kemungkina­n namun tetap berdoa dan yakin dia dapat diselamatk­an. Keluarga Aca termasuk ibunya dari Changlun, Kedah, dalam perjalanan ke Muar,” katanya.

Arzizul berkata, Aca baru bekerja di syarikat perkapalan itu sebelum ditimpa musibah berkenaan.

Katanya, Aca pernah meminta nasihat daripadany­a yang berpengala­man dengan sebuah syarikat cari gali minyak di pesisir pantai sama ada kerja itu sesuai untuknya atau sebaliknya.

“Saya menasihati­nya supaya mencari syarikat kapal yang baik dalam menjaga kebajikan pekerja sebab dia mempunyai pengalaman buruk dalam bidang berkenaan sebelum ini,” katanya.

 ?? ADI SAFRI ?? KELUARGA mangsa menanti khabar berita daripada pasukan SAR.
ADI SAFRI KELUARGA mangsa menanti khabar berita daripada pasukan SAR.
 ?? Arzizul ?? Saya percaya sepupu masih hidup kerana dia seorang yang amat kuat dan pernah ditinggalk­an di atas kapal di laut selama dua bulan tanpa bekalan elektrik”
Arzizul Saya percaya sepupu masih hidup kerana dia seorang yang amat kuat dan pernah ditinggalk­an di atas kapal di laut selama dua bulan tanpa bekalan elektrik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia