Harian Metro

10 akaun palsu anak Siti

-

Kuala Lumpur: Sejak kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Isnin lalu, lebih 10 akaun Instagram palsu menggunaka­n nama sementara anak Siti iaitu Fatimah Az-Zahrah dan Baby CTDK diwujudkan.

Siti, 39, berkata, semua akaun Instagram itu bukan daripadany­a atau suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, malah mereka juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun laman sosial untuk anak mereka.

“Saya berharap peminat dan pengikut di Instagram celik mata dan tahu semua akaun terbabit bukan daripada saya atau suami.

“Mereka mengambil gambar atau video daripada pelbagai sumber, tetapi tidak meletakkan kredit. Ini satu perbuatan yang tidak berhemah.

“Mereka juga meletakkan nama saya dan suami dalam nama akaun sehingga membuatkan orang keliru sedangkan ia bukan daripada kami.

“Ingin dijelaskan saya tidak memutuskan apa-apa mengenai Instagram anak dan berharap supaya anak tidak terlalu didedahkan apabila terlalu banyak akaun Instagram yang diwujudkan pihak lain,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Siti, dia bimbang jika ada pihak beranggapa­n apa sahaja yang dimuat naik di Instagram terbabit adalah daripadany­a.

“Pasti ada pihak yang percaya dan saya tidak mahu apabila berlaku sesuatu yang jelas bukan daripada kami tetapi orang akan ingat itu adalah perbuatan kami.

“Perkara ini sudah berlaku atas nama saya di mana banyak akaun media sosial menggunaka­n nama saya dengan pelbagai

“Dalam masa sama, terdapat juga akaun Facebook yang menggunaka­n nama dengan menyamar sebagai saya serta buat kapsyen seolah-olah lepas bersalin. Jadi tolong jangan percaya,” katanya.

Siti berkata, akaun rasmi Instagram miliknya adalah @ctdk dan Facebook pula Siti Nurhaliza. Kedua-duanya mempunyai tanda biru sebagai pengesahan ia milik Siti.

Ditanya mengenai permohonan maaf wanita menggunaka­n akaun FB Wann Arianna yang didakwa menyebarka­n gambar anak Siti sejak kelmarin, Siti berharap ia jadi teladan kepada semua. berharga dan tidak sabar mahu berkongsi muzik kami di seluruh dunia. Kami sangat bersyukur dengan pemilihan itu dan terima kasih buat Deezer,” kata mereka.

Midnight Fusic dipilih selepas kejayaan single terbarunya berjudul Lovesick yang mendapat sambutan luar biasa di Malaysia dan Singapura.

Memasuki edisi tahun kedua, Deezer Next yang diperkenal­kan pada Januari tahun lalu adalah program selama 12 bulan yang direka khusus untuk artis baru.

 ??  ?? KUMPULAN Midnight Fusic teruja dapat menyertai program.
KUMPULAN Midnight Fusic teruja dapat menyertai program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia