Harian Metro

Formula campuran minyak sayuran

-

Kuala Lumpur: Boleh menjahanam­kan enjin kenderaan. Itu kesimpulan dibuat pakar automobil terhadap penggunaan minyak pelincir tiruan yang dikesan tidak mempunyai daya untuk merendahka­n suhu pada enjin.

Pemilihan dan penggunaan minyak hitam yang betul memainkan peranan penting bagi memastikan ketahanan enjin yang menjadi ‘jantung’ setiap kenderaan.

Pakar industri pemotoran Ahmad Salihin Abd Rahim berkata, secara umumnya, minyak pelincir di pasaran terbahagi kepada tiga kategori iaitu mineral,

dan

Menurutnya, ada beberapa cara minyak tiruan dihasilkan, malah dijual dengan harga sama seperti minyak tulen di pasaran.

“Cara yang paling senang dan digemari sindiket adalah dengan mencampurk­an minyak pelincir tulen dengan minyak sayuran sebelum ia dipek semula menggunaka­n jenama asal.

“Cara kedua adalah dengan menapis minyak pelincir terpakai berulang kali sehingga ia kembali kelihatan jernih. Ia dijual sebagai jenama tiruan atau menggunaka­n jenama baru,” katanya ketika dihubungi wartawan NSTP semalam.

Menurut beliau, minyak pelincir berfungsi menggerakk­an dan melicinkan geseran keluli di dalam enjin selain menyerap haba yang terhasil akibat geseran itu.

“Enjin kenderaan dibina menggunaka­n keluli atau logam. Justeru, apabila enjin dihidupkan, komponen dalam enjin akan bergerak dan bergesel antara satu sama lain.

Ini akan menghasilk­an percikan dan haba.

“Bagaimanap­un, minyak pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu enjin kenderaan cepat panas. Geseran menjadi kasar dan haus dan akhirnya menyebabka­n kepanasan melampau pada enjin,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MINYAK pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu juga enjin kenderaan akan cepat panas.
MINYAK pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu juga enjin kenderaan akan cepat panas.
 ?? Ahmad Salihin Abd
Rahim ?? Cara yang paling senang dan digemari sindiket adalah dengan mencampurk­an minyak pelincir tulen dengan minyak sayuran sebelum ia di pek semula menggunaka­n jenama asal”
Ahmad Salihin Abd Rahim Cara yang paling senang dan digemari sindiket adalah dengan mencampurk­an minyak pelincir tulen dengan minyak sayuran sebelum ia di pek semula menggunaka­n jenama asal”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia