Harian Metro

TN50 jawapan cabaran zaman

- Nor Affizar Ibrahim affizar@bh.com.my

 Pelan letak sasaran Malaysia duduki tempat 20 teratas di dunia

Perubahan dunia dan cabaran baru yang mendesak pada masa kini, menjadikan pembentuka­n gagasan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) tepat pada masanya dijadikan visi sebagai satu inisiatif pembanguna­n negara jangka panjang.

Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan) merangkap Ketua Unit Khas TN50, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Johan Mahmood Merican, berkata TN50 yang dicetuskan dari aspirasi rakyat Malaysia penting dan perlu diberi tumpuan sebagai persediaan pemikiran masa depan untuk membentuk dan memacu pembanguna­n Malaysia.

“Beberapa perubahan mega trend kini membentuk dan mengubah dunia. Antaranya, kesan proses urbanisasi, demografi penuaan, revolusi teknologi dan lain-lain menjadikan keadaan dunia pada 2050 jauh berbeza dari sekarang.

“Proses urbanisasi misalnya, 66 peratus penduduk dunia tinggal di kawasan bandar menjelang 2050. Malaysia juga kini mengalami urbanisasi yang pesat dan kita perlu memikirkan bagaimana untuk membuat persiapan dan bersedia untuk menentu serta meletakkan kedudukan menjadi bandar global pada masa depan,” katanya.

Johan berkata, TN50 dibentuk secara daripada semua rakyat Malaysia dengan sasaran jelas, Malaysia menduduki tempat 20 teratas di dunia.

Menurutnya, ia usaha progresif untuk transforma­si negara berteraska­n usaha sama antara kerajaan dan pembabitan rakyat.

“TN50 juga sebahagian kesinambun­gan visi dan perancanga­n jangka panjang kerajaan yang sama sekali tidak mengenepik­an Wawasan 2020.

“Malaysia memerlukan visi yang menyatukan semua, sekali gus membentuk transforma­si nasional untuk kehidupan berkualiti dan lebih baik pada masa depan. Ia memerlukan pendekatan menyeluruh,” katanya.

Semua lapisan masyarakat membabitka­n sama ada golongan belia oleh Kementeria­n Belia dan Sukan serta golongan selain belia oleh kementeria­n lain dalam mengumpul aspirasi TN50.

Laporan Kanvas Belia yang baharu dikeluarka­n merupakan rumusan aspirasi belia Malaysia untuk 2050. EPU Jabatan Perdana Menteri kini dalam proses merangka dokumen dasar TN50, membabitka­n kepakaran semua pihak berkenaan bagi menyatukan strategi berasaskan aspirasi diterima seluruh rakyat Malaysia.

“TN50 bukan sekadar aspirasi apa yang rakyat mahu menjelang 2050, tetapi akan dijelmakan atau diterjemah­kan kepada strategi dengan menilai dan mengambil tindakan apa yang berlaku dalam dunia sekarang, seterusnya membangunk­an polisi untuk 2050,” katanya.

 ?? Johan Mahmood Merican ?? Malaysia memerlukan visi yang menyatukan semua, sekali gus membentuk transforma­si nasional untuk kehidupan berkualiti dan lebih baik pada masa depan. Ia memerlukan pendekatan menyeluruh”
Johan Mahmood Merican Malaysia memerlukan visi yang menyatukan semua, sekali gus membentuk transforma­si nasional untuk kehidupan berkualiti dan lebih baik pada masa depan. Ia memerlukan pendekatan menyeluruh”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia