Harian Metro

KJ perjelas stoking warna celaru

-

Lumpur: Stoking berbelang serta warna terang sememangny­a sinonim dengan identiti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sering menampilka­n kelainan selari acuan golongan muda.

Bagaimanap­un, keberanian pemimpin berusia 42 tahun itu memakai stoking ‘mencolok mata’ semalam tampak membingung­kan apabila mengenakan sarung kaki berwarna kuning pada kaki kanan dan berbelang biru-hitam-coklat pada kaki kiri.

“Saya suka stoking terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan (warna dan corak). Adakah angkara saya tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

“Adakah ini OOTD

terbaru?” Katanya menerusi catatan di laman Instragram miliknya, semalam.

Menyangkal tanggapan pengikut 854,000 pengikutny­a, Khairy menjelaska­n, pemakaian stoking bercelaru mengikut warna dan corak itu adalah sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun.

Katanya, ia antara lain peringatan kepada masyarakat bahawa manusia dan segelintir perkara mungkin tampak berbeza namun masih indah dan mengagumka­n menerusi kaca mata seperti sedia ada.

“Hari Sindrom Down Sedunia menitipkan mesej untuk menyayangi manusia seperti sedia ada. Hari ini, saya turut menzahirka­n penghormat­an kepada anak saudara, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai rintangan untuk dia mengejar impiannya.

“Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sentiasa menampilka­n diri sebagai jurucakap yang mempunyai keberanian ketika menyampaik­an ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh, dengan mengetepik­an perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,” katanya.

Menggambar­kan pekerti itu sebagai sumber inspirasi, Khairy berkata, ia pemangkin ke arah usaha menghapusk­an jurang perbezaan antara individu yang dilahirkan dengan kebolehan berlainan selain memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada arus perdana.

Penanda aras sebuah kemasyarak­atan, katanya, bersandark­an kaedah pengurusan dan pemberian khidmat kepada insan yang memerlukan penjagaan serta kasih sayang.

“Hari ini juga adalah satu penghormat­an kepada ibu Aisha, Kak Hana yang membesarka­n insan istimewa ini secara berseorang­an, malah saya teringat mengenai satu soalan kepadanya.

“Jika Kak Hana dikurniaka­n pilihan untuk membuat perubahan, adakah dia akan menukar takdir Aisha supaya tidak dilahirkan dengan Sindrom Down

“Kakak saya sebaliknya kata dia tidak mungkin mengubah apa-apa kerana langkah sedemikian bakal membuatkan Aisha bukan lagi istimewa pada dirinya,” katanya.

Selain memuat naik tiga gambar iaitu ‘stoking celaru’, Aisha dan Kak Hana, Khairy berkongsi pautan video bertajuk

(50 ibu, 50 kanak-kanak, lebih satu kromosom).

Katanya, video selama 4.38 minit itu turut memaparkan maklum balas daripada selebriti kelahiran United Kingdom, James Kimberley Corden yang menyifatka­n ia karaoke dalam kereta paling menghiburk­an.

 ??  ?? STATUS yang dimuat naik Khairy Jamaluddin di laman Instagramn­ya.
STATUS yang dimuat naik Khairy Jamaluddin di laman Instagramn­ya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia