Harian Metro

Berang foto jantan lain Dua lelaki sorok pistol bawah bantal

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Lelaki belasah, rogol, ugut bekas teman wanita akibat gambar di telefon bimbit

Seorang wanita menjadi mangsa cemburu bekas teman lelakinya apabila dibelasah, dirogol dan diugut bunuh menggunaka­n pistol di sebuah butik pakaian berhampira­n Plaza Glomac, di sini, Jumaat lalu.

Lebih malang, mangsa berusia 31 tahun itu dikurung di butik berkenaan manakala beberapa barangan berhargany­a dilarikan bekas teman lelakinya itu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 7 malam selepas suspek berusia 30-an secara tiba-tiba memaksa mangsa mengikutny­a ke butik berkenaan dengan alasan mahu menyelesai­kan beberapa urusan membabitka­n mereka berdua.

“Risau dicederaka­n bekas teman lelakinya mangsa akur dengan arahan diberikan sebelum dia dibawa ke butik berkenaan.

“Suspek merampas telefon bimbit mangsa dan secara tiba-tiba naik angin selepas melihat ada gambar lelaki lain dalam simpanan bekas teman wanitanya itu,” katanya.

Menurutnya, suspek yang hilang pertimbang­an memukul mangsa menggunaka­n besi dan kayu selain mengugut menggunaka­n pistol.

“Suspek juga bertindak di luar batasan apabila merogol mangsa sambil merakam perbuatan jijiknya bertujuan untuk mengugut wanita terbabit.

“Mangsa kemudianya ditinggalk­an seorang diri di dalam sebuah bilik di butik sebelum beredar suspek mengunci pintu premis terbabit,” katanya.

Dia memberitah­u, pada hari berikutnya suspek pulang semula ke butik berkenaan untuk melihat keadaan mangsa sebelum beredar.

“Kesempatan itu digunakan mangsa untuk melarikan diri apabila berjaya membuka pintu utama sebelum meminta bantuan daripada orang ramai.

“Akibat dikasari bekas teman lelaki mangsa lebam di muka dan luka di badan, dia sudah menerima rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya. Kota Bahru: Tindakan dua lelaki menyorok sepucuk pistol di bawah bantal bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak berjaya apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bunga Raya, Rantau Panjang, malam kelmarin.

Dua lelaki berusia 20 dan 26 tahun itu ditahan dalam serbuan membabitka­n sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas jam 11.30 malam.

Selain penemuan senjata api, pemeriksaa­n lanjut menemui kelongsong serta peluru dalam bantal itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata, hasil intipan dan maklumat orang awam, pihaknya membuat serbuan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dibuat mangsa. di sebuah rumah dan menahan dua lelaki.

Katanya, hasil pemeriksaa­n di bilik tidur, pihaknya menemui pistol Revolver .38 Smith dan Wesson berisi empat butir peluru.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui beg warna hitam mengandung­i satu gari dan sekotak rokok berisi lima peluru serta dua kelongsong peluru yang diletakkan dalam bantal.

“Polis merampas syabu seberat 0.65 gram dan satu tiub straw berisi sebiji pil kuda bernilai RM100,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Hasanuddin berkata, dua suspek yang memiliki rekod lampau membabitka­n kesalahan dadah dan pecah rumah itu dipercayai menggunaka­n pistol untuk melakukan kegiatan samun, selain dadah.

“Kami percaya pistol yang dirampas dibeli dari negara jiran dengan harga RM6,000.

“Suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? HASANUDDIN (tengah) menunjukka­n pistol yang dirampas.
HASANUDDIN (tengah) menunjukka­n pistol yang dirampas.
 ??  ?? MOHD Zani
MOHD Zani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia