Harian Metro

Tujuh ratu cantik hampa

-

Kuala Lumpur: Seramai tujuh peserta ratu cantik dan seorang perancang majlis berputih mata apabila menjadi mangsa penipuan RM60,000 selepas menyertai satu pertanding­an diadakan di Kuchai Lama di sini, pada 3 Disember tahun lalu.

Pertanding­an itu berlangsun­g di sebuah premis membabitka­n 11 penyertaan dari beberapa negeri dari seluruh Malaysia.

Perancang majlis Eva Khoo, 41, berkata, penganjura­n pertanding­an itu diadakan bersama rakannya selepas bertemu lelaki warga China mendakwa dia pemegang saham bagi pertanding­an itu di Hong Kong.

“Saya mengenalin­ya melalui seorang rakan. Selepas itu, kami berbincang mengadakan satu pertanding­an ratu cantik yang terkenal di Hong Kong.

“Pertanding­an itu dikenali sebagai

Ia pertanding­an yang popular di Hong Kong membabitka­n penyertaan dari beberapa negara Asia lain.

“Lelaki terbabit datang bertemu saya dan mahu mencari wakil dari Malaysia untuk menyertai pertanding­an itu,” katanya dalam sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA di sini, semalam.

Eva berkata, selepas itu dia dan seorang rakan lelaki menguruska­n majlis yang diadakan pada tarikh berkenaan.

Katanya, selepas majlis tamat pada 3 Disember, peserta dan penganjur tidak memperoleh bayaran dijanjikan.

“Peserta layak menerima hadiah wang tunai RM30,000 namun sehingga kini tiada pembayaran dibuat.

“Kami sebagai penganjur rugi RM30,000 iaitu kos menganjurk­an majlis,” katanya.

Eva memaklumka­n ada menghubung­i lelaki terbabit namun dia hanya memberi alasan seolah-olah mahu mengelak daripada mereka.

Pemenang tempat pertama pertanding­an, Liow Shin Ni, 24, berkata, lelaki terbabit memaklumka­n tiga pemenang utama dihantar ke Shenzhen, China, mewakili Malaysia di peringkat akhir.

“Saya dan seorang rakan tmembeli tiket menggunaka­n wang sendiri untuk mewakili Malaysia.

“Sepatutnya, tiket itu perlu ditanggung­nya kerana dia berjanji membawa kami ke sana,” katanya.

Shin Ni berkata, dia sepatutnya memperoleh hadiah RM12,000 namun tiada bayaran dibuat.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, aduan berhubung kes penipuan membabitka­n pertanding­an ratu cantik sering diterima pihaknya.

 ??  ?? MICHAEL (tengah) bersama perancang majlis dan peserta ratu cantik yang ditipu.
MICHAEL (tengah) bersama perancang majlis dan peserta ratu cantik yang ditipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia