Harian Metro

Lapan pakar deradikali­sasi bendung ideologi pengganas

-

Kuala Lumpur: Ancaman radikal dan ekstremism­e bukan saja perlu dibendung menerusi langkah penguatkua­saan undang-undang, tetapi aspek paling penting membantera­s ideologi yang menjadi akar kepada gerakan militan.

Ketua Eksekutif Institut Pengajian Strategik Islam Dr Amran Muhammad berkata, gerakan militan bukan saja membabitka­n perlakuan fizikal, tetapi ideologi dan pegangan anggota kumpulan pengganas itu.

“Selagi ancaman ideologi ini tidak selesai, kumpulan militan ini terus wujud atas pelbagai nama. Ia terbukti dengan kemunculan Daish yang sebelum dikenali sebagai al-Qaeda, Jemaah Islamiyah, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan beberapa kumpulan militan lain menggunaka­n konsep pemikiran sama.

“Berikutan itu perlu ada kaedah untuk berdepan ideologi radikal mereka. Selagi kita tidak melaksanak­an naratif ilmiah untuk menentang hujah radikal mereka, masalah kumpulan militan tidak selesai.

“Saya yakin selepas Daish, pasti wujud nama lain namun matlamat mereka sama iaitu kononnya berjihad menerusi keganasan yang sama sekali tidak dianjurkan dalam Islam,” katanya di sini, kelmarin.

Amran berkata, Pusat Anti-Naratif Untuk Menangani Ekstremism­e (CONCAVE) melantik lapan panel pakar dalam program pemulihan deradikali­sasi.

Tiga daripada pakar berkenaan adalah Panel Deradikali­sasi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) iaitu Dr Mohd Mizan Mohd Aslam, Dr Zamihan Mat Zin dan Dr Ahmad El Muhammady.

Selain itu, lima panel lagi adalah pengkaji institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan antaranya Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, Prof Madya Dr Mohd Hizam Hanafiah, Dr Abdullah Jalil, Ustaz Yunan Abdul Samad dan Ustaz Abdul Rahman Tajuddin.

“Lapan tokoh ini sangat berpengala­man dalam bidang deradikali­sasi dan terbabit secara langsung melaksanak­an program pemulihan tahanan pengganas.

“Kami lihat wujud keperluan melantik barisan panel pakar terutama dalam program deradikali­sasi agar pencerahan ilmiah dapat disebarkan kepada masyarakat, sekali gus mengatasi dakyah songsang pengganas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia