Harian Metro

Letup gudang makanan

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

Seramai 1,591 rakyat Syria dilaporkan terkorban sepanjang 19 hari tempoh pengeboman oleh tentera rejim Bashar Al Assad di beberapa wilayah di negara berkenaan termasuk Ghutoh dan Idlib.

Terbaru, serangan tentera rejim menyasarka­n penempatan sementara dan gudang penyimpana­n makanan di bandar di wilayah Ghutoh iaitu Duma yang mengorbank­an sembilan mangsa termasuk kanak-kanak.

Pengeboman di Duma itu dilancarka­n selama 24 jam tanpa henti dengan kebanyakan bangunan yang musnah gudang penyimpana­n makanan.

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaa­n Syria

(Muslim Care) Ustaz Nazmi Abdul Karim berkata, sejak pengeboman dilancarka­n tentera rejim Bashar Al Assad penghujung Februari lalu, lebih 1,000 rakyat Syria menjadi korban.

“Kami juga difahamkan lebih 400,000 rakyat Syria terperangk­ap di beberapa wilayah yang menjadi sasaran pengeboman tentera rejim.

“Angka korban makin meningkat sejak tentera rejim Bashar disokong Russia melancarka­n serangan bermula 18 Februari lalu dalam usaha mereka menawan kawasan pembangkan­g terakhir

 1,591 rakyat Syria terkorban dalam 19 hari dibom tanpa henti

di luar ibu kota Damsyik.

“Nasib umat Islam di Ghouta makin meruncing. Mayat bergelimpa­ngan, hospital dihancurka­n dan lebih menyedihka­n ada mayat tidak dapat dialihkan disebabkan serangan bertali arus dilancarka­n rejim Bashar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Orang ramai boleh menyumbang menerusi Kutipan Dana Kecemasan ke Ghouta, Syria menerusi akaun Muslim Care di nombor akaun 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­740 (Bank Islam) atau 1401000765­4717 (Bank Muamalat) dan maklumkan kepada Ustaz Nazmi di talian 0192726567.

Nazmi berkata, setiap hari pasti ada serangan dilancarka­n ke beberapa wilayah terutama di Ghutoh dan Idlib.

Menurutnya, keadaan umat Islam di negara itu juga sangat membimbang­kan apabila kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas.

“Kanak-kanak antara mangsa paling terjejas dengan pengeboman ini. Kebanyakan mereka berlindung di bawah tanah demi keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? GUDANG simpanan makanan menjadi sasaran rejim Bashar Al Assad.
GUDANG simpanan makanan menjadi sasaran rejim Bashar Al Assad.
 ??  ?? MANGSA yang terbunuh dalam serangan.
MANGSA yang terbunuh dalam serangan.
 ??  ?? SERANGAN terbaru dilancarka­n di beberapa wilayah termasuk Idlib.
SERANGAN terbaru dilancarka­n di beberapa wilayah termasuk Idlib.
 ??  ?? KANAK-KANAK berlindung di bawah tanah bagi mengelak dibom.
KANAK-KANAK berlindung di bawah tanah bagi mengelak dibom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia