Harian Metro

55,000 sahkan kehadiran

- Mohd Razlan Salleh news@nstp.com.my

 Presiden GPMOTO puas hati dengan persiapan, DYMM Sultan Johor rasmi program

Jambori Minggu Permotoran Negara (MBW) 2018 yang bermula esok, terus mendapat sambutan memberangs­angkan apabila seramai 55,000 pengunjung mengesahka­n kehadiran mereka melalui pendaftara­n dalam talian

Presiden Persekutua­n Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang jambori berkenaan termasuk persembaha­n istimewa untuk peminat permotoran tempatan.

“Pada majlis pembukaan Jumaat (esok), pengunjung dihiburkan dengan konsert khas daripada Datuk Ramli Sarip manakala pada Sabtu, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar turut berkenan merasmikan pelancaran MBW bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ketika majlis pelancaran pada 24 Mac itu, sebanyak 20 pemenang cabutan bertuah motosikal akan diumumkan,” katanya ketika meninjau persiapan akhir MBW 2018 di laman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), semalam.

Ab Rauf berkata, pengunjung yang memiliki kupon nombor bertuah mesti berada di kawasan pameran untuk menuntut hadiah mereka.

“Sekiranya nombor dipanggil dan mereka tiada, penganjur tidak akan memberikan hadiah ini dan dianggap tiada pemenang.

“Hadiah hanya akan diberikan kepada pemegang kupon bersama MyKad sebagai pengesahan sepanjang cabutan berlangsun­g,” katanya.

Menurut Ab Rauf, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahka­n jambori berkenaan.

“Saya menjemput semua rakyat Malaysia tidak kira bermotosik­al atau tidak, motosikal besar atau kecil untuk hadir. Ini adalah hari kita.

“Secara tidak langsung (jambori) ini dapat membuktika­n rakyat Malaysia boleh melakukan sebarang aktiviti keraian dalam keadaan aman.

“Ini adalah satu mesej bahawa keamanan mampu memberikan segala-galanya untuk kita,” katanya.

Sementara itu, ketika meninjau persiapan berkenaan, Ab Rauf berpuas hati dengan 90 peratus daripadany­a hampir siap.

“Saya melihat kenderaan milik Sultan Johor sudah bersedia untuk dipamerkan kepada orang ramai selain pihak Urusetia di seluruh negara juga mula mengedarka­n baju-T yang akan dijual secara rasmi bagi melayakkan pengunjung mendapat kupon cabutan bertuah.

“Urusetia dilihat sudah bersedia untuk menerima tetamu yang hadir manakala gerai jualan juga sudah dihias termasuk acara persembaha­n dan program berkaitan permotoran,” katanya.

Terdahulu, objektif MBW 2018 adalah menggabung dan merapatkan semua persatuan permotoran tempatan bagi memupuk nilai peribadi dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan bikers di segenap peringkat umur.

Acara itu juga memberi peluang kepada syarikat tempatan mempromosi­kan produk permotoran selain membantu individu menjual dan membeli motosikal pada harga terpakai.

 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ?? AB Rauf melihat jentera peribadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang akan dipamerkan pada pameran sempena MBW2018 di MAEPS, Serdang.
FOTO: AIZUDDIN SAAD AB Rauf melihat jentera peribadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang akan dipamerkan pada pameran sempena MBW2018 di MAEPS, Serdang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia